Kalau diikutkan, hari ini (26/10/2020) merupakan hari terakhir penduduk yang tinggal di kawasan Lembah Klang (KL/Selangor/Putrajaya) menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Kebiasaannya keputusan ini akan diumumkan beberapa hari sebelum tempoh berakhir, namun begitu masih ada belum mendengar sebarang khabar berita daripada pihak kementerian mengenai keputusan ini.
Susulan dengan tanda tanya itu #pkpb dan #cmco kini trending di Twitter dan masing-masing tertanya-tanya samada ia diteruskan atau tidak.
Sambung sehingga 9 November
Apa pun, menerusi sidang media harian oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri, sebentar tadi telah mengumumkan bahawa PKPB di KL, Selangor & Putrajaya di lanjutkan lagi 2 minggu sehingga 9 November 2020.
BREAKING:
PKPB (KL, Putrajaya, Selangor) extended for another two weeks until 9 Nov – @IsmailSabri60.
Stay safe everyone!
— MohdFaizalHassan ?? (@f4izalhassan) October 26, 2020
Baca : [TERKINI] PKPB di Seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya Bermula 14 Oktober Ini