Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah itu hanyalah membabitkan sektor sosial dan pendidikan sahaja.
Katanya, penguatkuasaan itu bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 di kawasan tersebut memandangkan ia menunjukkan peningkatan. Lapor Berita Harian.
Malah, tujuan di kuatkuasakan adalah untuk menyeimbangkan aspek kesihatan dan ekonomi dengan membenarkan sektor itu terus beroperasi.
PKPB tidak akan mengganggu sektor ekonomi dan rantaian bekalan untuk terus beroperasi di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah.PKPB membenarkan ekonomi dan rantaian bekalan untuk terus beroperasi tanpa gangguan, hanya sekatan terhadap sektor sosial dan pendidikan dilaksanakan ” – Dr Noor Hisham
https://www.facebook.com/DGHisham/posts/3741731242517403
Keputusan itu dibuat dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas mendengar nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dr Noor Hisham akui situasi ini memang mencabar untuk melindungi serta mencapai keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi daripada COVID-19.
Baca : [TERKINI] PKPB di Seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya Bermula 14 Oktober Ini