in

“Pintu taubat masih terbuka” – PU Syed Titip Nasihat Buat Sajat

collage 51

Pencetus Ummah Syed Mohd Bakri atau lebih dikenali dengan gelaran PU Syed baru-baru ini telah menyuarakan pendapatnya tentang isu Sajat yang baru-baru ini mengaku dirinya transgender selepas berhijrah ke Australia.

Menerusi Instagram, PU Syed menekankan bahawa Sajat masih seorang Muslim dan dia perlu sentiasa dinasihati dan ditegur supaya usahawan tersebut tidak hanyut.

Sajat tetap seorang Muslim, dan perlu sentiasa menasihati dan menegur beliau agar dia tidak terus hanyut dgn lifestyle yg dimurkai Allah itu.”

Pu Syed, turut menitipkan doa buat Sajat agar dia sedar dan bertaubat selagi pintu taubatnya masih terbuka.

Ambe doakan dia akan sedar satu masa nanti, dan pintu taubat itu Allah akan buka selagi mana belum sampai di penghujung nyawanya.”

“Anda sendiri yang mengancam diri sendiri”

Selain itu, pendakwah ini turut memberikan pendapatnya mengenai kenyataan Sajat mengatakan dirinya tak selamat ketika di Malaysia.

Anda mengatakan hidup anda tak selamat di Malaysia? Siapa yang membuat ancaman sebegitu? Kita ada undang-undang makan anda oleh buat laporan polis tentang siapa sahaja yang telah mengancam anda.

Apa yang ambe nampak, anda sendiri yang mengancam diri sendiri dengan melakukan perkara yang mendatangkan mudarat pada masyarakat dan agama.”

https://www.instagram.com/p/CVfAZj_PpJU/

“Semoga dikurniakan hidayah”

Screenshot 2021 10 27 at 2.54.50 PM down

Rata-rata netizen yang komen pada posting PU Syed ini bersetuju dengan nasihat yang diberikan serta turut mendoakan agar Sajat dapat kembali ke pangkal jalan.

 

Baca: “Ade ambe takut?” – PU Syed Bidas Respon Kak KM Atas Tegurannya?

Screenshot 2021 10 27 at 3.10.08 PM