in

“Ade ambe takut?” – PU Syed Bidas Respon Kak KM Atas Tegurannya?

Collage 9

Sebelum ini menerusi Instagram peribadi, PU Syed telah menegur usahawan yang juga anak kepada pelakon veteren Normah Damanhuri supaya menutup auratnya dari menjadi tatapan umum.

Kerana tegurannya ini, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli dikatakan naik berang dengan PU Syed kerana dikatakan menuduhnya berdosa dan rezeki yang diterimanya tak berkat.

“Selama ni dok mengaibkan diri sendiri dan keluarga”

Tak cepat melatah, PU Syed sekali lagi menerusi Instagram membidas kenyataan Kak KM yang mengecam tindakannya untuk menegur secara terbuka.

Menurut PU Syed, dia bertindak untuk menegur Kak KM secara terbuka adalah kerana usahawan itu sendiri telah buat dosa dan viralkan dosanya secara terbuka.

Ambe tegur, dia kata mengaibkan dia… Dah Selama ni dok mengaibkan diri sendiri dan keluarga dia perasan atau tak?! Siapa yang mengaibkan siapa ni?

Ambe menegur secara terbuka sebab dia buat dosa dan viralkan dosa secara terbuka.”

Tambah PU Syed lagi, dia hanya menyerahkan kepada Allah untuk menyaksikan antara benar dan nyata.

Bak kata Diva AA dalam lahjah pantai timur “eh mu ngaji ke dop?!” #AdeAmbeTakut”

Screenshot 2021 10 06 At 11.34.50 Am

“Berubahlah kerana nyawa ni bukan dalam kawalan kita”

Manakala di kapsyennya pula, PU Syed mengatakan masih ada lagi iman dalam diri Kak KM dan mengharapkan agar usahawan tersebut boleh berubah sebelum terlambat.

Screenshot 2021 10 06 At 11.35.06 Am

Bila dia sentap dengan teguran ambe, itu tanda masih ada iman dalam diri.

“Berubahlah kerana nyawa ni bukan dalam kawalan kita. Sekejap je Allah boleh tarik.”

 

Baca: “Kau siapa eh? Nak tumpang popularity aku ke apa? – Kak KM ‘Mangamuk’ Dikata Cari Duit Tak Berkat?

Cats 5