in

“Pintal buih jadi permaidani?” – [VIDEO] Wow! Rupanya Ini Fenomena Laut Biasa Berlaku Lepas Banjir

Page Buih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Pakcik… Pakcik buat apa? Pakcik nak pintal buih jadi permaidani…”

Korang yang selalu scroll dan layan FYP TikTok mesti familiar dengan video pakcik kat laut ni kan? Mana taknya, cara bercakap selamba je siap guna lirik lagi!


Namun, baru-baru ini satu video yang turut dikongsikan di TikTok yang menunjukkan satu fenomena alam yang berkait dengan laut lagi-lagi selepas kawasan di Lembah Klang telah dilanda banjir teruk sehingga air naik di paras merbahaya. Jom kita tengok!

@shahirul_adly

siapa pulak basuh baju tepi pantai ni? 😅 #PantaiBerbuih #FenomenaAlam #PantaiSungaiUlar #Banjir2021

♬ Magic In The Air – Magic System/Chawki

Jika dilihatkan video yang dikongsikan oleh pengguna @shah..97, fenomena pantai berbuih itu terjadi di Pantai Sungai Ular, Kuantan, Pahang. Sekali tengok, memang macam buih sabun tu gais!

Di bahagian komen, memang tak dapat lari lah persamaan kejadian itu dengan pakcik buih jadi permaidani ni. Siap ada yang kata pakcik tu sendiri dah buktikan dulu fenomena ni ‘real’. Eh suka hati je korang ni… Hahahaha…

Tiktok Full 7

Ni lah video pakcik buih yang min cakap tu… Siapa dah pernah tengok? Hihihi…

@adrnaaelisya

creator disinisana berbicara #foryoupage #fyp

♬ original sound – adriana 🧍🏻‍♀️ – 🫶

Nak tahu kenapa pantai boleh berbuih? Haa… Jom baca bawah ni…

Hasil tindakbalas, perkara biasa terjadi lepas banjir

Menurut Berita Harian, fenomena tersebut bukanlah satu kejadian yang ‘rare’ kerana ia sememangnya senang dan sering terjadi di kawasan-kawasan laut. Buih yang terhasil juga bukanlah disebabkan dari pencemaran bahan kimia.

Buih

Pantai berbuih ini juga boleh terhasil disebabkan tindakbalas antara air laut dan juga pasir di pantai tersebut. Air laut yang bercampur dengan air hujan dan pasir menyebabkan buih yang terhasil kelihatan seperti buih sabun.

Haa! Korang jangan pulak terkejut lepas ni kalau ada lagi pantai berbuih okay? Fenomena biasa jadi dah ni.. Hmm, macam cantik juga ni kalau OOTD. Hehehe…

Baca: [VIDEO] Tak Sanggup Biar Isteri Sanding Sorang, Lelaki Ini Sanggup Redah Banjir Dari Shah Alam Ke Balakong!

Fi Khusairi

Sumber: TikTok
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.