in

Pindahkan Anak Ke Sekolah Baru Lepas Kes Zara, Ibu Terkilan Murid Tingkatan 1 Kena ‘Aim’ Di Sekolah Baru

ft ibu terkilan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang ibu meluahkan rasa terkilan apabila anaknya menjadi ‘ancaman’  pelajar lain disebabkan kes Zara Qairina ini. Lebih mengecewakan lagi, hanya disebabkan anaknya yang baru sahaja tingkatan 1 di sekolah tersebut, anaknya telah dipandang serong oleh pelajar dan ibu pelajar sekali.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, si ibu yang dikenali sebagai Lyza ini sampai terpaksa membuat laporan polis kerana berlaku ugutan terhadap anaknya.


Artikel berkaitan : “Fikiran saya tak waras ketika itu” – Ibu Zara Qairina Jelaskan Mengapa Tolak Bedah Siasat

Artikel berkaitan : Kes Zara Qairina: Pengetua, PK HEM & Warden Ditempatkan Di JPN Sabah

 

“Disebabkan kamu, anak saya pula jadi mangsa buli”

Menurut Lyza, anaknya merupakan salah seorang murid yang sama tempat belajar dengan arwah adik Zara, iaitu di SMKA Tun Datu Mustapha. Katanya lagi, disebabkan kes kawan kepada anaknya itu, anaknya jadi trauma dan tertinggal pelajaran sehingga 3 minggu.

“Anak saya cakap kehilangan arwah Zara sangat beri kesan dalam hidup dia. Teman yang semalam, kelmarinnya terlihat hidup tiba-tiba esoknya dikhabarkan jatuh dari tingkat 3…Tingkat yang sama tempat tidur anak saya. Tentu benda ni jadi trauma bagi budak-budak tingkatan 1 sana yang lain.”

Disebabkan itu, dia membuat keputusan untuk pindahkan anaknya ke sekolah baharu yang dikatakan tempat dia juga bersekolah di situ dahulu. Bahkan, si ibu ini memilih untuk memindahkan anaknya ke sekolah tersebut adalah disebabkan lokasinya yang dekat dengan rumah.

Screenshot 2025 08 15 172236

Terpanggil dengan posting tersebut, Lyza tampil bersuara biarpun TikToker tersebut tidak menyebut nama kerana disebabkan video ini tular, anaknya telah didatangi oleh 5 orang pelajar senior ketika berada di dalam kelas.

“Mereka mencari mana Kak D*deng sudah masukkah disini lepas tu minta nama penuh anak saya, PKHEM sekolah sudah maklum perkara ni dan kami berterima kasih kepada pihak sekolah baru banyak membantu selesaikan salah faham ini dikalangan murid, tiada kemasukan nama Kak D*deng mahupun pelajar senior dari sekolah itu.”

 533658126 1517853726038246 6288143795008480835 n

532378749 1517853752704910 8688392851003813826 n

Tegas Lyza, disebabkan perkongsian tersebut anaknya pula kini menjadi mangsa buli di sekolah baru. Jadi, Lyza membuat laporan polis dan kini dalam proses untuk membuat tindakan saman sivil terhadap TikToker itu yang menyebabkan anaknya menjadi ‘buruan’ pelajar senior dan seorang lagi individu yang memberikan kenyataan menghasut untuk ibu lain untuk membawa senjata tajam demi langkah keselamatan.

“Kamu yang mulakan pembulian baru sedangkan kamu tidak siasat ke pihak sekolah.”

Sumber : Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.