Dengan sekali lafaz, pelakon, Farah Nabilah, 27, selamat bergelar isteri kepada Mohammed Amirul Yunus, 28 malam tadi.
Farah dan Amirul telah dinikahkan oleh bapanya, Datuk Saipuddin Ahmad yang disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Petaling, Ustaz Hj Mastori Hj. Marsidi bertempat di Royal Chulan Damansara.
Pengantin perempuan telah menerima RM1,000 sebagai mas kahwin manakala RM77,777.77 sebagai wang hantaran.
Tahniah Farah dan suami!
Sementara itu, rata-rata netizen tampil menzahirkan ucapan tahniah serta mengirimkan doa buat merpati dua sejoli itu.
Bagaimanapun ada yang kecoh mengenai hantaran yang diterima Farah yang disifatkan ‘terlalu besar’ bagi kebanyakkan orang.
Hmm biasalah netizen, ada je yang diorang nampak kan.
Farah dan suami sebelum ini mengenali antara satu sama lain melalui teman rapatnya iaitu pelakon Izara Aishah tujuh tahun lalu.