in

“Pilihan sendiri” – Aktivis Itali Kongsi Detik Peluk Islam Dalam Tahanan Lepas Lihat Rakan Muslim Dihalang Solat

aktivis itali peluk islam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang aktivis Itali apabila beliau memilih untuk memeluk Islam ketika dalam tahanan.

Tommaso Bortolazzi mengambil keputusan untuk memeluk Islam selepas menyaksikan keteguhan dan akhlak para sukarelawan Muslim yang tetap bersolat walau dalam apa jua keadaan.


Hal ini berikutan selepas kapten Maria Cristina itu tersentuh melihat aktivis yang beragama Islam diganggu oleh tentera Rejim Zionis ketika menunaikan solat.

Berkongsi kisah menyentuh hati itu menerusi satu temu bual eksklusif bersama Agensi Anadolu, Tommaso menyatakan penyertaannya dalam flotila bukan semata-mata sebagai seorang aktivis, tetapi atas dasar kemanusiaan dan rasa tanggungjawab moral untuk membantu rakyat Palestin yang dizalimi.

“Saya menyertai flotila kerana ia bukan hanya tentang Palestin, tetapi tentang keadilan dan kemanusiaan sejagat. Saya mahu lakukan sesuatu yang bermakna untuk mereka dan juga untuk negara saya,” ujarnya.

aktivis itali

Artikel berkaitan: Peguam Dedah Sukarelawan Malaysia Ditarik Rambut, Dip*kul Di Muka & Diberi Makanan Haiwan

Artikel berkaitan: “Kami letih tapi fikiran masih di Gaza” – Aktivis Global Sumud Flotilla Dari Itali Dilaporkan Selamat Tiba Di Rom

Menceritakan detiknya memeluk Islam, ketika itu dia berada di dalam sel yang sama dengan lapan aktivis beragama Islam dari Turkiye.

“Saya melihat mereka sedang solat, lalu tentera Israel datang dan menghentikan mereka dengan kasar. Hati saya terasa amat tersentuh. Ketika itu, saya tahu saya perlu menentang ketidakadilan itu.

“Selepas kejadian itu, saya bersama seorang rakan telah mengucap dua kalimah syahadah. Pilihan saya sendiri… rasa seperti dilahirkan semula dan saya sangat gembira” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anadolu English (@anadoluagency)

Sementara itu, aktivis Malaysia, Razali Awang menyifatkan detik itu sebagai antara momen paling menyentuh hati sepanjang misi mereka.

“Saya sendiri bertanya kepadanya, kenapa memilih Islam? Dia jawab, kerana dia melihat kelebihan pada orang Islam,” katanya.

Menurut Razali, Tommaso tertarik melihat bagaimana para aktivis Muslim dari pelbagai bangsa dan latar belakang bersolat berjemaah dan saling menghormati antara satu sama lain, tanpa sebarang jurang darjat atau warna kulit.

Difahamkan, Tommaso bukan satu-satunya individu yang memeluk Islam sepanjang misi flotila kali ini, malah terdapat dua hingga tiga kes lain yang berlaku ketika para aktivis ditahan dan disoal siasat oleh tentera Rejim Zionis.

Sumber: Kosmo!, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.