Pada zaman yang serba moden ini, manusia dan telefon pintar memang tak dapat dipisahkan sebab semua perkara dapat diselesaikan di hujung jari sahaja. Namun, untuk golongan remaja pula, penggunaan internet dan telefon pintar dalam kalangan mereka masih perlu dikawal.
Sebab itulah sebuah sekolah di Carolina Utara, Amerika Syarikat ini telah memutuskan untuk membuang kesemua cermin yang asalnya dipasang di tandas untuk mengelakkan para pelajar mereka daripada menghabiskan masa yang lama di tandas untuk merakam video TikTok.
Memetik laporan Buzzfeed, menurut pihak pengurusan sekolah terbabit. awalnya mereka mendapati bahawa terdapat ramai pelajar yang kerap ke tandas untuk tempoh masa yang lama ketika proses pembelajaran untuk merakam video TikTok.
Kan budak-budak sekarang ramai suka buat trend mirror selfie tu.
Artikel Berkaitan: Siap Ada Sofa, Tandas Di China Ini Dinobatkan Sebagai Tandas Awam Paling Cantik Di Dunia
Artikel Berkaitan: “Sambil membuang sambil mirror selfie” – Netizen Ternganga Tengok Tandas Ini Ada Cermin Besar Belakang Pintu
Difahamkan, secara purata, pelajar-pelajar sekolah tersebut akan ke tandas sebanyak tiga hingga empat kali sehari, namun jumlah itu terus meningkat sehingga ke tujuh hingga sembilan kali sehari.
Untuk pengetahuan semua, pelajar-pelajar sekolah di Amerika Syarikat memang dibenarkan membawa telefon ke sekolah untuk keselamatan mereka kerana umum mengetahui bahawa sekolah di negara itu sering menjadi target kes tembakan rambang.
Walaupun peraturan membuang cermin di tandas ini kedengaran lucu, namun menurut pihak sekolah terbabit, keputusan itu nampaknya tepat kerana pelajar tidak lagi kerap ke tandas dan mereka juga tidak berada di dalam tandas untuk tempoh yang lama seperti sebelum ini.
Apa pendapat korang tentang peraturan ini?
Sumber: Buzzfeed