in

“Pi halalkan GF tu” – Staf ‘Struggle’ Kumpul Duit Kahwin, Hafiz Mahamad Bantu Beri RM10k

Hafiz Mahamad Duti Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila bercakap mengenai majikan yang mengutamakan kebajikan pekerja, pasti ramai yang terlintas di fikiran menyebut nama seorang personaliti media sosial dan usahawan ini.

Hafiz Mahamad sekali lagi menjadi bualan ramai selepas tular video mengenai dirinya yang membantu salah seorang pekerjanya dengan memberikan wang ringgit sebanyak RM10,000.


Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pengasas AINAA Beauty itu membantu pekerja terbabit kerana dia sedang berusaha mengumpul duit kahwin untuk mendirikan rumah tangga.

@hafizmahamad

Pi halalkan Gf tu hehe Saya faham sangat mcmana struggle untuk halalkan seorang yg kita cinta 💙

♬ Kembali Pulang – Suara Kayu & Feby Putri

Tahu ‘struggle’ kumpul duit kahwin

Menurut Hafiz, dia juga mengetahui pekerja itu sanggup mengikat perut kerana mahu mencukupkan tabung simpanan kahwin demi menghalalkan teman wanitanya.

Dalam video itu juga, Hafiz berpesan kepada pekerjanya supaya sentiasa menghargai dan menjaga pasangannya dengan baik sebelum menyerahkan cek bernilai RM10,000. Malah, dia juga menyatakan akan menambah lagi duit jika masih belum mencukupi.

Hafiz juga sempat berseloroh dengan pekerjanya supaya tidak menggunakan duit yang diberi untuk tujuan bermain pelaburan atas talian.

“Respect gila, utamakan kebajikan pekerja”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan komen postif dan terharu dengan tindakan Hafiz yang layak digelar sebagai majikan contoh.

Screenshot 2023 08 02 125824

Dalam pada itu, ramai juga mendoakan dia supaya diperluaskan rezeki dan dipermudahkan dalam menjalani kehidupan seharian.

Baca: Didakwa Belanja Mewah Sebab Main Forex, Hafiz Mahamad Jawab Persoalan Netizen
Ft Hafiz Mahamad Forex Nafi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.