in

Pesara Umur 60 Tahun Antara 1.25 Juta Peminjam Yang Belum Bayar Hutang PTPTN

ptptn pesara 60 tahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saban tahun isu pembayaran semula Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sering dibahaskan, berikutan masih lagi ada peminjam yang culas membuat bayaran balik pinjaman.

Terbaharu, dilaporkan peminjam PTPTN yang kini sudah mencapai usia 60 tahun masih belum selesai membayar balik pinjaman yang diberikan.


Perkara ini didedahkan oleh Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim ketika mengulas perihal tahap kesedaran peminjam tabung pendidikan itu dalam menunaikan tanggungjawab melunaskan hutang pinjaman.

Artikel berkaitan: “Beli Honda boleh, bayar PTPTN tak boleh” – Kecoh 430,000 Peminjam Culas Bayar PTPTN

“Tidak wajar pada usia sedemikian, masih ada yang belum menjelaskan bayaran hutang pinjaman,” katanya.

d5fd1ed65bb36171e7cadf04d86986108c47374509c717e91452b7af491bbd10

Katanya, PTPTN memerlukan sebanyak RM3 bilion bagi membiayai kos pendidikan tinggi seramai 450,000 peminjam sedia ada dan secara puratanya 150,009 peminjam baharu pada setiap tahun.

Lebih mengejutkan apabila didakwa lebih 430,000 peminjam tidak pernah membuat sebarang bayaran balik pinjaman walaupun sekali, membabitkan hutang tertunggak RM5.46 bilion, iaitu sebahagian daripada keseluruhan tunggakan RM11.32 bilion yang membabitkan lebih 1.25 juta peminjam sehingga September lalu.

“Jika dalam tempoh dua atau mungkin lima tahun anda tidak bekerja yang menyebabkan anda tidak dapat membuat bayaran balik, itu masih boleh diterima, namun kalau sudah melebihi 10 tahun?,” kata Norliza.

Tegasnya, tanggungjawab membayar balik pinjaman penting demi kelangsungan PTPTN untuk terus membantu pelajar generasi akan datang.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.