in

Pesan Makanan Kemudian ‘Cancel Order’, Netizen Puas Hati Lihat Wanita Kena Sekolah Dengan Abang ‘Rider’

rider marah customer cancel order

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai di antara manusia yang suka mengambil kesempatan dalam memudahkan hidup mereka walaupun terpaksa melakukan taktik yang kotor dan tidak jujur.

Sebuah video tular di Twitter memaparkan seorang wanita bertindak menipu servis penghantaran makanan untuk mendapatkan makanan percuma atau dengan kata lain mencuri makanan.


Dalam video yang tular itu, difahamkan wanita berkenaan bertindak memesan makanan namun dia cancel order ketika makanan itu dalam perjalanan kepadanya.

Difahamkan, dia turut menggunakan cara pembayaran tunai semasa penghantaran (COD) agar tiada sebarang caj dikenakan melalui transaksi online.

cats 46

Video penuh klik di sini.

Menurut tweet yang tular, taktik kotor itu dilakukan oleh seorang wanita yang tinggal di sebuah pangsapuri di Puchong.

Penghantar makanan itu kemudiannya tunggu di lobi kerana wanita tersebut mengarahkan untuk tinggalkan makanannya di situ namun dia membatalkan pesanan selepas rider tersebut tiba.

Bertindak dengan kebijaksanaan, rider berkenaan tunggu sehingga wanita itu tiba dan terus memberikan amaran kepadanya.

“You dah cancel, tapi you turun bawah untuk ambil makanan. Kalau dah cancel makanan takkan ada disini. Saya yang makan.

Itu barang sudah refund, you buat macam ni kalau I kena gantung kerja macam mana? Ini you dah buat tiga kali tau,” katanya.

Difahamkan, pada hari yang sama wanita tersebut sudah melakukan tindakan tersebut sebanyak tiga kali.

Kemudian, rider tersebut mengugutnya untuk melakukan laporan polis dan meminta wanita tersebut berjanji untuk tidak melakukan perkara itu lagi.

Kalau dah terdesak pun jangan sampai camni…

Baca: Lelaki Kerja Rider Tak Boleh Jadi Pasangan, Kenyataan Gadis Ini Undang Perdebatan

Cats 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.