Perlawan Piala FA antara Selangor FC dan Negeri Sembilan yang diadakan di Stadium MBPJ, Petaling Jaya semalam bertambah meriah dengan kehadiran Faisal Halim di bangku penonton.
Pemain sayap Harimau Malaya dan tonggak utama pasukan Selangor itu dilihat hadir bersama keluarganya bagi menyaksikan sendiri perlawanan yang berkesudahan 4-0 itu.
Memetik laporan Mstar, kehadiran Faisal atau lebih mesra dengan gelaran Mickey itu sangat bermakna untuk pemain dan penyokong pasukan.
Artikel berkaitan: PM Gesa PDRM Buat Siasatan Rapi Berhubung Kes Faisal Halim & Adik Zayn Rayyan
Artikel berkaitan: Faisal Halim Menitis Air Mata, Dedah Tak Dapat Peluk Anak Walaupun Dah Keluar Wad
Kehadiran Mickey ini adalah yang pertama kali untuk dirinya selepas lebih tiga minggu menjalani rawatan akibat kejadian simbah asid yang menimpa dirinya.
Terdahulu, pertama kali Faisal tampil di khalayak umum selepas kejadian mengerikan itu adalah pada Khamis ketika sidang media khas yang diadakan oleh pihak kelab.
🎵🎶🥁
Ohh FAISAL HALIM…
FAISAL HALIM,
FAISAL HALIM,
FAISAL HALIM….🗣️ Ultra Selangor pic.twitter.com/195IAMUatS
— Nazrin Arif 🇲🇾 (@nazrinarifs15) June 15, 2024