in

“Persis filem Titanic!” – Penumpang Panik, 3 Yang Lain Cedera Lepas Ombak Ganas Pecahkan Tingkap Feri

Feri 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa penumpang sebuah feri berdepan detik mencemaskan apabila tingkap pengangkutan air yang dinaiki mereka pecah dek dibadai ombak ganas mengakibatkan air masuk ke dalam feri dan kaca tingkap berterbangan di udara.

R0 0 1920 1079 W1200 H678 Fmax E1645246424713

Lapor The Canberra Times, insiden terbabit difahamkan berlaku pada Khamis, 17 Februari lalu di Sungai Elbe, Hamburg, utara Jerman. Ketika kejadian, ombak besar, hujan lebat dan angin selaju 152 km/h sedang melalui kawasan berkenaan susulan Taufan Ylenia yang menghampiri utara Jerman.


R0 0 1920 1079 W1200 H678 Fmax 1 E1645246652160

Menerusi satu rakaman video yang kini tular di media sosial, difahamkan terdapat kira-kira 10 orang penumpang di bahagian kabin feri semasa air ombak masuk. Rakaman video sama juga menunjukkan terdapat beberapa serpihan kaca tingkap berterbangan ke arah penumpang saat tingkap feri pecah.

Korang boleh tengok video pendek tu kat bawah ni:

https://www.instagram.com/p/CaHkGvngh-J/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again

Menurut laporan media tempatan, tiga orang penumpang dilaporkan mengelami kecederaan akibat insiden terbabit manakala penumpang yang lain sempat melarikan diri bersama barangan peribadi ke bahagian belakang feri.

Difahamkan, kejadian terbabit adalah yang pertama kali pernah dilaporkan.

Susulan cuaca buruk akibat Taufan Ylenia, jadual penerbangan, kereta api, bas dan feri telah dibatalkan.

Sumber: The Canberra Times

Baca: “Ya Allah takotnyaaa” – Ombak Kuat Badai Feri Terengganu Ke Pulau Redang Undang Cemas, Penumpang Disuruh Mengucap

Dokdiam E1645245607787

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.