Bak kata pepatah, bangsa membaca, bangsa yang berjaya. Oleh sebab itulah, semenjak dari kecil kita dididik untuk meminati buku dan dibawa ke perpustakan untuk memupuk minat berkenaan.
Pun begitu, apabila meningkat dewasa, kebanyakan dari kita nampaknya sudah tidak lagi mengunjungi perpustakaan kerana menganggap tempat tersebut sebagai satu tempat yang membosankan.
“Kalau kutubkhanah (perpustakaan) di KL cantik & ramah sebegini mungkin…”
Walau bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di Twitter, @mokciknab mendedahkan yang dia begitu tertarik dengan satu perpustakaan di Jakarta, Indonesia yang menurutnya sangat cantik dan mempunyai nilai estetik berbanding perpustakaan di Malaysia.
Perpustakaan Jakarta di Taman Ismail Marzuki. How my heart aches.
Kalau kutubkhanah di KL cantik & ramah sebegini mungkin kita tak perlu beratur panjang di kedai buku mahal. Mungkin kita kembali minat pada sastera dan Bahasa Kebangsaan tanpa akta paksaan. pic.twitter.com/oUGug39SKD
— MokcikNab 阿利達 (@mokciknab) July 9, 2022
Perpustakaan Jakarta Cikini di Taman Ismail Marzuki ini mempunyai mempunyai susunan reka yang nampak moden dan minimalis serta boleh menempatkan lebih 100,000 buah buku.
Walaupun berbeza entiti, perpustakaan ini juga katanya berkongsi aras dengan Pusat Dokumentasi Sastra Hans Bague Jassin, sebuah institut dokumentasi yang menempatkan 3,000 buah buku, majalah dan karya sastera yang dimiliki oleh penulis sastera Indonesia terkenal.



Menurut Manual Jakarta, karya puisi tulisan tangan dari pemuisi tersohor Indonesia iaitu Chairil Anwar dan Rendra juga disimpan di sini bersama buku-buku dari tahun 1800 lagi. Wah!
“Perpustakaan di Malaysia patut berevolusi”
Perkongsian ini mendapat persetujuan segelintir netizen yang teringin melihat perpustakaan di Malaysia juga dengan reka bentu sebegini. Memang cantik sangat kan!

“Bagaimana pula dengan Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam?”
Namun selain daripada komen netizen yang meminta perpustakaan di negara ini diubah suai, ada juga yang sempat mempromosi Perpustakaan Raja Tun Uda (RTU), Shah Alam yang disifatkan agak menarik dan mempunyai reka dalaman yang ‘not bad’.
Meskipun tidak se’hispter’ di Jakarta, menurut @matsallehtv, perpustakaan RTU berada di lokasi yang sangat cantik dan mempunyai seleksi buku yang pelbagai.
What about Raja Tun Uda Library in Shah Alam?
It may not be as 'hipster' as the Jakarta library but it is huge in a beautiful location. The building is pretty cool and it has a huge selection of books.
The childrens area is awesome. My 2 y/o enjoyed it thoroughly last week. https://t.co/cSs7UkrUO7 pic.twitter.com/ewZ5VoBgyB
— Mat Salleh TV (@matsallehtv) July 10, 2022
Tak cukup dengan itu, ada juga berpendapat Perpustakaan Kuala Lumpur juga antara perpustakaan yang mempunyai kemudahan yang baik selain mempunyai reka bentuk bangunan yang cantik.
Nak ke sini ada bas tak? I had to be driven here usually, and its not that close to KTM or LRT ? alternatively, kita ada Library KL ❤️? @PerpustakaanKL very walkable ✨ wish they have more tables, plug points & lockers ?? pic.twitter.com/SrUOrgIJaa
— Wala ? (@mhs95) July 11, 2022
So apa pendapat anda? Perpustakaan di Malaysia atau Indonesia yang lebih baik? Bagi admin, pupuk minat membaca dulu. Kalau perpustakaan besar dan cantik pun kalau tak ada yang datang, sedih juga kan?
Baca: Presiden Jokowi Dipuji, Pakai Kasut RM112 Buatan Indonesia Ketika Bertemu Elon Musk

