in

Perompak Didakwa Rosakkan Mesin ATM, Curi RM47K Dari Warga Emas

Rompak Rm 46000

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang warga emas di Banting, Selangor menjadi mangsa apabila RM 46,000 dalam simpanannya lesap didakwa dirompak oleh seorang lelaki di sebuah ATM Bank Simpanan Nasional (BSN).

Dalam sebuah thread yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @paizmuhdd, dia memberitahu jumlah keseluruhan transaksi haram itu bernilai RM 46,000 dengan 3 hari transaksi bermula pada 25, 26 & 27 Mac 2023.


Sebanyak 23 transaksi dan salah satunya transaksi dibuat membeli telefon iPhone 13 Pro Max di sebuah kedai telekomunikasi di Kapar.

https://twitter.com/paizmuhdd/status/1640713888248500225?s=20

Dipercayai, suspek menipu mangsa dengan merosakkan ATM tersebut sebelum mencuri kad bank dan memasuki akaun mangsa.

“Si Perompak yang hina rosakkan mesin ATM  dan akan berdiri di belakang mangsa tersebut berlakon macam nak withdraw duit tapi sebenarnya perhatikan no pin mangsa.

Kad mangsa akan tersangkut sebab mesin ATM telah dirosakkan lalu, perompak akan berpura pura cuba untuk membantu.

Pada masa dia akan keluarkan kad lain yang sama dengan kad mangsa (which is kad mangsa sebelum ni yang dah habis dikebas) diberikan kepada mangsa tanpa disedari,” tulisnya.

Pengguna Twitter itu turut memberitahu pelaku biasanya akan melakukan jenayah tersebut pada hujung minggu agar dia boleh membuat transaksi sebelum bank dibuka pada hari Isnin dan mereka dipercayai pasangan suami isteri yang melakukan kegiatan tersebut bersama.

Laporan polis telah pun dibuat dan dia berharap agar netizen tidak menyalahkan kedai telekomunikasi tersebut serta pihak BSN.

Semoga jumpalah pelakunya…

Baca: Perompak Letupkan 2 ATM Di Setia Alam, Bawa Lari RM349K Dalam 5 Minit!

Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.