Aiyok! Smokers kena baca ni.
Menurut NST, menerusi penulisan Pensyarah Senior Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Muzaffar Syah Mallow, zakat adalah bantuan yang diberikan kepada mereka yang miskin dan memerlukan tanpa mengira siapa mereka.

Perokok pulak walaupun sekarang ni layak je sebagai penerima zakat tapi dikatakan tak sepatutnya diberikan bantuan ni sebab masih mampu untuk beli rokok.
So, kalau ada duit untuk beli rokok, dorang tak boleh dianggap golongan yang miskin dan memerlukan. Lagipun, merokok ni rasanya dah jelas hukumnya dalam Islam.

Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia telah pun membincangkan pasal hal merokok dari sudut Islam pada 23 Mac 1995. Mereka telah mencapai kata putus bahawa merokok adalah dilarang dalam Islam sebab membawa kemudaratan.
Selain tu, ianya juga dilarang sebab mereka yang merokok sia-siakan wang yang boleh digunakan untuk perkara yang lebih bermanfaat.

Walau bagaimanapun, masih ramai orang Islam yang tidak endahkan fatwa ini dan yang merisaukan bila para pelajar pun turut terjebak dengan lifestyle ni.

Zakat ni pulak bukannya main-main tapi sumbangan amal wajib dan adalah hak orang miskin yang memerlukannya. Ada lapan kategori mereka yang layak terima bantuan zakat ni.
- Al-fuqara
- Al-masakin
- Al-amil
- Mualaf
- Al-Riqab
- Al-Gharimin
- Fisabilillah
- Ibnu Sabil
Penerangan lanjut, boleh baca sini.
Betullah jugak tu, sebab harga rokok kan mahal…
Baca: LGBT, Pelacur Layak Terima Zakat Al-Riqab di Selangor – Mufti