in

Pernah Viral Terperangkap Dalam Kontena, Remaja Bangladesh Maut Akibat Lemas

f4 budak bangladesh terperangkap dalam kontena

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masihkah anda ingat pada Januari lalu di mana seorang budak lelaki dari Bangladesh telah ditemui dalam sebuah kontena di Pelabuhan Klang selepas dia dikatakan masuk secara haram ke dalam kontena ketika kapal berlabuh di Chittangong, Bangladesh.

Budak lelaki yang dikenali sebagai Md. Ratul Islam Fahim itu dilaporkan telah meninggal dunia akibat mati lepas mandi di kolam berhampiran rumahnya di daerah Cumilla semalam.


Menurut Free Malaysia Today, remaja berusia 16 tahun itu dikatakan mandi di kolam terbabit seorang diri.

Bapanya yang merupakan seorang buruh memberitahu pihak polis di sana bahawa selain tidak tahu berenang, Ratul juga menghidap masalah mental.

Tambah bapanya lagi, Ratul mandi seorang diri di kolam itu kerana ahli keluarganya yang lain semuanya sedang menuai padi di sawah.

Takziah diucapkan kepada keluarga Ratul. 

Sumber: Free Malaysia Today

Baca: 6 Hari Terperangkap Dalam Kontena Di Port Klang, Kanak-kanak Bangladesh Akhirnya Dihantar Pulang

kanak kanak bangladesh kontena

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.