in

Pernah Tular Jawab Exam Online Atas Pokok, Veveonah Kini Bergelar Pelajar Perubatan

veveonah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masihkah anda ingat tentang kisah seorang pelajar universiti yang tular sekitar tahun 2021 selepas gadis itu terpaksa tinggal sementara di atas pokok untuk menjawab soalan peperiksaan dalam talian (online examination) sewaktu pandemik Covid-19?

Kita imbas semula kisah gadis tersebut yang dikenali sebagai Veveonah Musibin. Untuk pengetahuan semua, Veveonah terpaksa melakukan perkara tersebut kerana di kampungnya di Sabah itu, sukar untuk dapatkan talian internet yang stabil, jadi dia terpaksa berada di atas pokok untuk menjawab peperiksaan online itu kerana di situlah lokasi yang mempunyai sambungan data internet yang stabil.


5 3

Kali ini kami mahu kongsikan perkembangan terkini Veveonah di mana kini, gadis ini telah bergelar pelajar perubatan di Management and Science University (MSU).

Memetik laporan New Straits Times, Veveonah telah pun tamat pengajiannya di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang sains marin dan difahamkan, Veveonah sepatutnya hadir ke konvokesyen UMS.

Artikel Berkaitan: “Masa tu memang kami exam” – Kawan ‘Satu Batch’ Veveona Tepis Dakwaan Timbalan Menteri, Perjelas Situasi Sebenar

Artikel Berkaitan: “Ini betul, terus jumpa & take action” – Netizen Puji Tindakan YB KJ, Mohon Maaf Bagi Pihak Kerajaan Isu Veveonah & Menteri

Namun, dia memutuskan untuk tidak hadir ke konvokesyen UMS tersebut kerana kini dia telah mulakan pengajiannya sebagai pelajar perubatan di MSU.

6 3

Difahamkan, dia telah menerima tajaan untuk pulang ke kampung halamannya di Sabah sempena Krismas namun dia tidak dapat membeli satu lagi tiket kapal terbang untuk menghadiri konvokesyen tersebut berikutan harga yang mahal.

Meskipun Veveonah telah berjaya menamatkan pengajiannya di UMS dengan CGPA 3.46 dalam jurusan sains marin, namun minatnya adalah dalam bidang perubatan sejak tahun 2021 lagi.

Menurut Veveonah, impiannya dalam bidang sains marin mula berubah kerana pembelajaran terpaksa dilakukan secara dalam talian ketika Covid-19 sedangkan bidang sains marin memerlukan pembelajaran yang lebih praktikal.

Walau bagaimanapun, pelajar yang berusia 23 tahun ini tetap menamatkan pengajiannya dalam bidang sains marin terlebih dahulu untuk memenuhi kontrak biasiswa.

Jadi, sejak Oktober lalu, dia telah memulakan pengajiannya sebagai pelajar perubatan di MSU dan kini sedang menjalani proses untuk memohon tajaan biasiswa.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Veveonah! 

Sumber: New Straits Times

Sumber: Kosmo
Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.