in

Pernah Tular Guru Teman Pelajar OKU Lari Guna Tongkat, YB Fadhlina Terima Kunjungan Mereka

Yb 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bulan lepas, tular satu video rakaman yang dimuat naik di TikTok @faridkamaruddin18 menunjukkan seorang guru yang setia menemani pelajar kelainan upaya (OKU) berlari menggunakan tongkat di trek larian semasa acara sukan.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Pelajar OKU Berlari Guna Tongkat, Cikgu Teman Sehingga Garisan Penamat


Artikel berkaitan: Tular Video Larian Dengan Tongkat, KBS Akan ‘Sponsor’ Kaki Palsu Untuk Adik Aqil

Dalam video tersebut, ada beberapa pelajar lain yang juga mengambil bahagian dalam acara larian itu namun ada seorang pelajar sahaja yang berlari menggunakan tongkat.

Apa yang membuatkan orang ramai sebak di saat pelajar lain berlari ke garisan penamat, ada seorang guru wanita setia berlari anak untuk menemani pelajar lelaki yang berlari menggunakan tongkat.

Selain netizen, keazaman tinggi pelajar itu berlari hingga ke garisan penamat juga mendapat perhatian Menteri Pendidikan, YB Puan Fadhlina Sidek.

Semalam, YB Fadhlina ada memuat naik satu video di TikTok memaparkan kunjungan pelajar lelaki OKU itu bersama gurunya di Parlimen Malaysia. YB Fadhlina berasa teruja dengan kunjungan dua insan hebat ini.

@fadhlinasidek

Saya cukup bersemangat dan teruja ketika menerima kunjungan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Lepar Utara 1, adik Muhammad Aqil Naufal Zahiran di Parlimen Malaysia, hari ini.

♬ Manusia Kuat – Tulus

Pelajar yang bernama Muhammad Aqil Naufal Zahiran dan gurunya dari Sekolah Kebangsaan Felda Lepar Utara 1, Jerantut, Pahang nampak selesa beramah mesra dengan Menteri Pendidikan itu.

Selain menjamu selera bersama orang kenamaan, adik Aqil Naufal juga kelihatan gembira menerima beberapa cenderahati daripada pihak mereka seperti jersi kuning serta jaket hitam berlogo bendera Malaysia dan logo Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).

Video yang berdurasi 24 saat itu juga mendapat perhatian pengguna di TikTok. Rata-rata daripada mereka memuji tindakan YB Fadhlina yang seolah-olah mengangkat martabat dua insan hebat ini.

Yb 1 Yb 2

Terdahulu, video itu juga mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh. Kementerian Belia dan Sukan melalui Institusi Sukan Negara (ISN) akan menyelia pemasangan prostetik untuk adik Aqil yang memerlukan kaki paslu paras pinggul.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.