in

“Pernah sesat bila masuk sini” – ‘Rider’ Bawa Jalan Pusing Perumahan Di Setapak Buat Netizen Pening!

Perumahan Pening

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umumnya, kita hanya membayangkan sesebuah kawasan perumahan itu disusun sebaris dengan lorong di hadapan dan belakang rumah.

Namun, perkongsian oleh seorang rider ini mengenai sebuah kawasan perumahan yang dipercayai di Setapak Jaya, Kuala Lumpur pastinya membuatkan korang rasa pelik dan terkejut.


Menerusi video yang dikongsikan lelaki itu di TikTok, dia yang sedang bertugas untuk menghantar surat menunjukkan laluan sempit yang padat dengan perumahan di situ menggunakan motosikalnya.

Artikel berkaitan: “Apa yang susah sangat?” – Netizen Bengang Tengok Penghuni Flat Acuh Tak Acuh Buang Sampah

Artikel berkaitan: “Customer paling degil” – Lelaki Puji Sikap Pekerja Stesen Minyak ‘Order’ Makanan Lebih Buat Rider

Katanya, sebelum ini ada netizen memintanya untuk membuat video ketika dia sedang bertugas di kawasan perumahan tersebut.

Dapat dilihat sepanjang menelusuri laluan di kawasan perumahan itu, kedudukan setiap rumah berbeza-beza. Ada juga rider tersebut perlu meminta izin untuk melalui ‘perkarangan’ rumah untuk masuk ke lorong lain.

@farhanfizani

Pada video lepas ada orang dm saya…’’abg buat la video hantar barang dekat cust’’…bukan saya tak nak buat…bukan semua orang suka dan selesa apabila di rakam…saya nak ambil gambar bukti delivery pon kadang2 cust marah😅😅😅…musim hujan litarrrr basahhh…hati2 meluncurrr🤏

♬ Dan – bigboss

“Dalam rumah ada rumah”

Perkongsian video itu telah meraih pelbagai reaksi netizen, ada yang berkongsi pernah masuk ke kawasan perumahan berkenaan dan mengakui amat sukar untuk dilalui.

Dalam pada itu, netizen juga berpendapat rider tersebut mempunyai kemahiran luar biasa berikutan mampu melalui jalan di situ tanpa tersilap.

Selain itu, ada juga yang tertanya-tanya di manakah penghuni kawasan perumahan itu meletakkan kenderaan mereka memandangkan lorong yang dilalui rider itu dilihat begitu sempit.

Screenshot 2024 09 19 170028 Screenshot 2024 09 19 170043 Screenshot 2024 09 19 170105 Screenshot 2024 09 19 170159

Kalau orang baru duduk sini, agaknya berapa lama boleh hafal laluan ni ye?

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.