Zaman sekolah dulu kan, mesti korang ada jenama alat tulis favourite yang korang selalu guna. Mungkin sebab jenama tu berkualiti atau kadang-kadang sebab packaging dia cantik.
Macam budak zaman sekarang ni dah tak pakai dah alat tulis.. ya lah sebab sekarang ni kan kebanyakan student belajar online je.
Tapi korang dulu mesti tak tau sejarah jenama alat-alat tulis yang korang pernah guna tu kan? Jadi, jom kita tengok 5 sejarah jenama alat tulis yang popular dekat Malaysia masa zaman sekolah dulu.
Staedtler
Percaya atau tak Staedtler sebenarnya merupakan jenama daripada kejuruteraan alat tulis keluaran negara Jerman. Ia dikendalikan oleh Staedtler Mars GmbH & Co. KG, sebuah syarikat dari Nuremberg, Jerman dan diasaskan oleh Johann Sebastian Staedtler pada tahun 1835.
Mungkin ada yang tak perasan jenama ni tapi korang mesti familiar dengan pensil warna Luna kan? Haa sama lah tu!
Faber Castell
Satu lagi jenama terkenal daripada negara Jerman yang merupakan perusahaan keluarga turun-temurun. Faber-Castell kini diuruskan oleh generasi ke-9 dalam salasilah keluarga von Faber-Castell. Syarikat ini dimulakan oleh seorang usahawan bernama Kaspar Faber yang sangat mahir dalam bidang pertukangan kayu.
Nama Faber-Castell diambil bersempena dengan gabungan nama dua keluarga selepas seorang waris daripada keluarga Faber ini; Ottilie von Faber berkahwin dengan seorang bangsawan bernama Alexender Castell-Rudenhausen
Schwan-Stabilo
Dikenali sebagai Stabilo sahaja, rupanya nama panjang jenama ini ialah Schwan-Stabilo! Jenama yang dikendalikan oleh Schwan-Stabilo Group ini sudah lama berpengkalan di Heroldsberg, Jerman sejak tahun 1855 lagi. Pernah ditukar nama kepada Schwan Bleistift Fabrik, syarikat ini dahulu mengeluarkan alat tulis serta alat solekan yang berasaskan pensil!
Nama Stabilo diambil daripada salah satu siri produk pensil keluaran syarikat tersebut setelah ia menjadi sangat popular dan dikenali sebagai produk pensil tak mudah patah dan stabil.
Fun fact, jenama Schwan ini masih lagi mengekalkan legasi lama, mengeluarkan produk kosmetik di bawah jenama Schwan Cosmetics serta mengeluarkan beg tahan lasak di bawah jenama Deuter.
Artline
Jenama ini sangatlah terkenal dalam kalangan para guru di sekolah. Mudah didapati pelbagai jenis dan saiz serta bermacam-macam warna. Ada pen ‘marker‘ permanent, ada juga untuk whiteboard. Jenama Artline ini merupakan jenama di bawah syarikat Shachihata Inc. dari Nagoya, Jepun.
Sachihata pada mulanya merupakan sebuah syarikat pengeluar pad dakwat yang digunakan sebagai pengecop dokumen. Bagi melebarkan sayap operasi syarikat tersebut, Sachihata telah memilih Malaysia sebagai lokasi pertama pembukaan kilangnya di luar Jepun pada tahun 1993.
Buncho
Kalau masa kelas pendidikan seni dulu mesti korang pernah guna water color jenama Buncho ni kan? Terkenal dengan warna yang mudah dibancuh serta berkualiti tinggi, Buncho dulunya pernah dijenamakan kembali sebagai Akatsuki Stationery Works dan mengeluarkan produk krayon dengan jenama ‘Buncho’ yang sangat popular.
Pada tahun 1951, jenama yang menggunakan logo burung pipit sebagai logo rasmi syarikat ini telah menukar nama kepada Buncho Crayon industry Co., Ltd. Ia juga sama seperti Sachihata telah menjadikan Malaysia sebagai lokasi pertama perluasan empayar syarikat pada tahun 1980 di bawah usahasama bersama Buncho (Malaysia) Sdn. Bhd.
So, apa jenama alat tulis favourite korang? Kalau tanya min, min suka jenama Pilot huhu