in

Pernah Dilabel Kayu, Johan As’ari Kongsi Macam Mana Gempaknya Fattah Amin Masa Penggambaran Mat Kilau

ft fattah amin mat kilau 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni filem Mat Kilau memang sedang menjadi buah mulut netizen kerana ia mendapat sambutan hangat rakyat Malaysia. Pokoknya, filem yang berkisarkan sejarah ini telah mendapat kutipan sebanyak RM 12 juta sejak ia ditayangkan.

Selain kisah filem, nama salah seorang pelakon utama filem ini, Fattah Amin telah menjadi bahan bualan ramai, nampaknya ini adalah waktu Fattah Amin yang pernah dilabel sebagai pelakon kayu ini menyinar apabila ramai yang memuji lakonannya termasukalah Johan As’ari.


 

Depan mata saya tengok dia berlakon – Fattah Amin

Perkara ini mula diperkatakan setelah netizen mula mengetahui bahawa pelakon yang juga suami kepada Fazura itu sebenarnya ada background Silat Gayung Fatani.

Pada tahun 2010, ketika di bangku sekolah, Fattah  pernah menyertai Kejohanan Silat Kebangsaan pada tahun 2010 mewakili Kuala Lumpur.

@randommdrama

its time for us to look at fattah amin’s talent now and he’s not kayu dah pls ?? #fyp #matkilau

♬ original sound – randomdramas – randomdramas

Jadi tidak hairanlah mereka yang sudah menonton filem ni merasa kagum dengan kebolehan dan kehebatan Fattah Amin ini sampaikan salah seorang pelakon yang turut menjayakan filem Mat Kilau, Johan As’ari sendiri terkedu melihat aksinya pada ketika sesi penggambaran.

“Di set penggambaran, saya sendiri terkejut, saya tengok Fattah Amin, wow depan mata saya secara langsung, dia bersilat, dia memanah. Pukul 3 pagi dia sanggup menyelam sungai, pada waktu itu saya ada sekali dalam babak tu, dia boleh menyelam dalam sungai yang kita tak tahu dalam tu entah ada apa kan. Tapi keberanian Fattah saya salute.”

fattah amin mat kilau 2

Dalam pada itu, Johan juga tak dapat nak nafikan bahawa dia terpukau melihat aksi Fattah bersilat.

“Gempak weh, dia silat depan mata saya weh, bunga dia…Saya pun tak sangka yang Fattah Amin bersilat, saya pun tak tahu, filem Mat Kilau tu baru saya dapat tengok depan mata saya, memang dahsyat lah Fattah. Power!”

Johan juga beri jaminan bahawa mereka yang sudah menonton filem tersebut pasti akan bersetuju dengan pendapatnya.

fattah amin mat kilau

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan merupakan filem biografi epik sejarah Malaysia 2022 arahan Syamsul Yusof yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Dato’ Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, Johan As’ari dan ramai lagi.

Baca : Fattah Amin Rupanya Ada ‘Background’ Silat Gayung, Patutlah Ramai Puji Lakonan ‘Smooth’!

page fattah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.