Awal tahun ini, seorang remaja Singapura telah dikecam kerana membeli sebuah beg mewah berjenama Charles & Keith. Zoe Gabriel dikecam kerana beg jenama itu dikatakan tidaklah begitu mewah jika dibandingkan dengan jenama-jenama terkemuka lain.
Walaupun dikecam hebat, Zoe telah dihubungi jenama itu untuk hadir ke ibu pejabat mereka untuk makan tengah hari bersama pengasas Chares & Keith.
Rezeki tak salah alamat
Memetik laporan Mothership SG, pada 4 Mac 2023, Zoe telah memuat naik gambar di akaun Instagram miliknya dengan Charles & Keith’s Alia Chain-Strap Crossbody Bag berwarna ungu. Beg itu adalah salah satu beg yang terlaris keluaran jenama Charles & Keith.
https://www.instagram.com/p/CpWh8GWyker/
Wajah Zoe telah dipilih untuk menjadi salah satu penghias Hari Wanita Antarabangsa Charles & Keith 2023. Dengan tema ungu, serta hijau dan putih, Hari Wanita Antarabangsa, akan disambut pada 8 Mac ini.
Baca: “Saya sangat bersyukur” – [VIDEO] Netizen ‘Downgrade’ Bag Gadis Ini, Rupanya Ada Cerita Sebaliknya