Tak lama dulu, seorang pelakon dari Indonesia bernama Galih Ginanjar pernah viral gara-gara membuka aib bekas isterinya, Fairuz A Rafiq dengan mengatakan kemaluan wanita tersebut berbau seperti ikan masin.
Ketika kejadian itu berlaku, Fairuz masih lagi isteri Galih dan perkara tersebut memberi impak besar kepada kehidupan mereka suami isteri sehinggakan anak pasangan tu pun kena buli akibat kenyataan suaminya tu. Haih…
Disebabkan hal tersebut, Galih kini berdepan dengan hukuman penjara maksimum 6 tahun dan kes tersebut sedang dibicarakan di mahkamah.
Alami alergik kulit yang teruk semasa dalam tahanan
Baru-baru ni, isteri Galih sekarang, Barbie Kumalasari telah dilihat hadir ke mahkamah untuk memberi sokongan buat suaminya ketika perbicaraan kes tersebut dijalankan di mahkamah di Jakarta pada Isnin lepas.
Menurut Barbie, ketika hadir ke perbicaraan kali ini, dia sempat membawa barang peribadi suaminya termasuklah bedak gatal dan pakaian dalam.
“Saya memang aturkan waktu sesuai untuk hadir prosiding kedua ini dan saya kosongkan jadual untuk mendengar perbicaraan suami.
“Saya juga bawa barang-barang peribadi untuk Galih antaranya bedak gatal, jam tangan, pakaian dalam dan lain-lain,” katanya.
Dia juga mengakui suaminya alami alergi kulit yang sangat teruk sepanjang berada dalam tahanan tersebut.
“Di dalam (tahanan) panas, jadi kulit dia sensitif, sudah beberapa bulan saya bawakan dia bedak untuk merawat gatal-gatalnya… mungkin sebab peluh.
“Dia memang perlukan bedak untuk hilangkan gatal itu, sama juga pakaian dalam kerana sekarang musim hujan, jadi perlu banyak pakaian dalam,” kata Barbie.
Kes ini masih dibicarakan dan sehingga kini belum diketahui hukuman apa yang bakal diterima Galih gara-gara keceluparan mulutnya yang menyamakan kemaluan isteri dengan bau ikan masin.
Admin, no comment!