Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.
Kekecohan telah timbul malam semalam selepas perlawanan separuh akhir kedua saingan TM Piala Malaysia 2022 antara Terengganu menentang Selangor apabila bas yang dinaiki pemain Selangor telah dibaling batu oleh sesetengah penyokong pasukan tuan rumah.
Menerusi beberapa video yang tular di Twitter, dapat dilihat bas yang dinaiki pemain Selangor telah dibaling batu dan kon ketika mereka meninggalkan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
Team Selangor diserang oleh peminat bola sepak Terengganu. Mohon @FAM_Malaysia ambil tindakan terhadap tindakan biadap peminat @FCTerengganu pic.twitter.com/Mjc1guRvx0
— Danial Mazalan (@danial_mazalan) November 21, 2022
Dalam video berkenaan juga dapat didengari tangisan kanak-kanak yang ketakutan didakwa merupakan ahli keluarga kepada pemain bola sepak yang hadir untuk memberi sokongan di perlawanan tersebut.
Kekecohan juga dapat dilihat berlaku di dalam stadium apabila penyokong mula membaling botol air dan bekas makanan ke udara.
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) November 21, 2022
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) November 21, 2022
“Tindakan fans tak matang macam ni yang merosakkan bola sepak”
Insiden yang berlaku ini ternyata menerima kecaman hebat netizen yang menganggap penyokong pasukan berkenaan sebagai tidak profesional dan boleh mendatang imej buruk kepada pasukan mereka juga.
Rata-rata berharap tindakan tegas dikenakan kepada penyokong pasukan terbabit supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi.
Dalam pada itu, Terengganu telah gagal mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini selepas tewas dengan agregat 3-2 pada aksi separuh akhir menentang Selangor.
Meskipun Kipre Tchetche menjaringkan gol tunggal buat Terengganu dalam perlawanan semalam, namun gol tersebut tidak mencukupi untuk membawa naib juara Piala FA itu ke pentas akhir.
Selangor akan bertemu dengan juara Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) pada 26 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Baca: 328 Nyawa Terkorban, Ini Rusuhan Paling Dahsyat Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak