in

PERKESO Perkukuh Jaringan Keselamatan Sosial Melalui Penjenamaan Baharu ‘Lindung’

Lindung PERKESO ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kini mengorak langkah proaktif untuk memperluaskan skop perlindungan sosial di bawah inisiatif LINDUNG, memastikan lebih ramai pekerja sektor tidak formal dan gig mendapat manfaat.

Langkah ini sejajar dengan usaha kerajaan untuk memartabatkan golongan pekerja ini yang sering terdedah kepada risiko pekerjaan tanpa jaminan perlindungan yang kukuh.


Penjenamaan semula ini merupakan langkah pertama yang akan mencetuskan reformasi struktur demi memacu lonjakan serta kecekapan opersai, selain keberkesanan dasar keselamatan sosial di negara ini.

536270298 1179744184179430 5640755023598328177 n

Untuk pengetahuan, LINDUNG ialah identiti penjenamaan semula produk PERKESO yang menyatukan semua jenis perlindungan di bawah satu jenama utama. Ia melambangkan komitmen PERKESO untuk menawarkan perlindungan sosial yang lebih menyeluruh, mudah difahami dan dekat dengan masyarakat

Menurut Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, beliau berharap agar siri pembaharuan dan pengukuhan yang akan dirintis selepas penjenamaan ini bakal meliputi segenap fungsi teras PERKESO yang merangkumi :

  • Fungsi Pusat Rehabilitasi PERKSESO
  • Perlindungan 24 jam kepada pekerja
  • Peningkatan kadar faedah agar selari dengan keperluan semasa

DSC07632

Menerusi pengenalan logo bagi keempat-empat skim perlindungan PERKESO ini, nama yang digunakan ialah :

  1. LINDUNG PEKERJA – Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4)
  2. LINDUNG KERJAYA – Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800)
  3. LINDUNG KENDIRI – Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)
  4. LINDUNG KASIH – Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

Majlis Pelancaran Penjenamaan LINDUNG PERKESO telah diadakan pada 22 Ogos lalu yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri KESUMA, Dato’ Seri Abdul Rahman Mohamad, Pengerusi Lembaga PERKESO, Dato’ Sri Subahan Kamal dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Untuk maklumat lanjut mengenai LINDUNG, sila layari laman web PERKESO di www.perkeso.gov.my.

Sumber: PERKESO

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.