Sebelum ini, maklum mengetahui bahawa penyanyi Elyana menghidap kanser limfoma tahap empat. Lebih dari satu abad lamanya, Elyana cekal dalam perjuangannya menentang penyakit tersebut.
Akhir tahun lalu, sel kansernya dikatakan merebak ke bahagian hati, pangkal peha dan rahim, mengakibatkan kesihatannya dalam keadaan membimbangkan hingga beratnya turun kepada 35 kilogram.
Walau bagaimanapun, pagi ini penyanyi lagu ‘Kalis Rindu’ itu berkongsikan berita gembira di laman Instagram miliknya, mengumumkan dia kini bebas dari penyakit kanser. Syukur Alhamdulillah…
https://www.instagram.com/p/CXMn0AzBvwA/
Meskipun telah lama bergelut, Elyana hanya membuat pendedahan berkenaan penyakit barah itu pada tahun 2017 selepas tersingkir dari program realiti Gegar Vaganza musim keempat. Namun, kesabaran penyanyi itu bertarung dengan kanser ternyata membuahkan hasil.
Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram. Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua. Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil! Kanser saya hilang!”
Elyana turut menyatakan rasa syukurnya terhadap kesembuhan yang dianugerahkan terhadapnya. Ini kerana maklum mengetahui penyakit barah bukanlah satu penyakit yang mudah untuk disembuhkan.
Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya. Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat. Aku pernah putus asa untuk berjuang. Aku selalu cemburu dengan kesihatan orang. Tapi aku sangat percaya dengan keajaiban dari Sang Pencipta ku. Allah Maha Baik!”
Perkongsian tersebut turut menerima komen yang positif dari peminat-peminat Elyana, tidak lupa juga dari rakan-rakan selebriti seperti Dato’ Aznil, Dato’ Eina Azman dan Ayda Jebat.
Alhamdulillah… berbaloi pertarungan Elyana selama 11 tahun. Stay strong!
Sumber: Instagram
Baca: “Saya dah sakit lebih 10 tahun” – Elyana Dedah Pernah Tak Makan Setahun Akibat Kanser Limfoma