in

“Pergi mana2 selalu bersama” – [VIDEO] Sebak! Wanita Datang Cucuk 2nd Dose, Sedih Belek Gambar Suami Dah ‘Pergi’ Akibat Covid

Fi Belek Gambar Suami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi setiap pasangan, mereka pasti berniat supaya hubunga dijalin itu akan kekal sampai ke hari tua. Walau bagaimanapun, kita sebagai manusia hanya dapat merancang sebab jodoh, ajal semuanya ketentuan Allah SWT.


Lebih kurang seperti kisah ingin dikongsi kali ini, apabila ada cerita lain yang terjadi di sebalik seorang wanita ini menerima suntikan vaksin.

 

First dos ayah teman

Namun, sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini tentang cerita di sebalik wanita ini mendapatkan suntikan vaksinnya mampu menyentuh hati ramai.

Kisah ini dikongsikan oleh saudara Hazwan Yunus di akaun TikToknya, di mana menunjukkan suasana ketika dia menemani ibunya untuk terima suntikan dos kedua di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Belek Gambar Suami 1

Proses vaksinasi kali ini, mesti jadi perkara yang sangat rumit untuk diterima ibunya. Hal ini disebabkan suaminya telah meninggal dunia setelah dijangkiti wabak Covid-19.

Menurut Hazwan, pada suntikan pertama ayahnya yang teman ibunya tersebut. Bukan saja itu, rupanya selama 33 tahun sebelum ini ayahnya akan sentiasa menemani ibunya kemana saja dia pergi.

Dalam video tersebut, Hazwan memberitahu bahawa ibunya melepaskan rindu dengan membelek gambar Allahyarham suaminya itu hingga ibunya sempat mengalirkan air mata buat seketika.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai, dan sehingga kini ia telah meraih lebih 260k views.

@hazwanyunus

♬ original sound – hazwanyunus – terusberjalan

 

“Semoga maknya sentiasa sihat”

Di ruangan komen, nyata momen tersebut membuatkan ramai warganet yang lain turut bersedih. Di samping itu juga, mereka turut mendoakan kesejahteraan ibu Hazwan supaya sentiasa kuat dan diberi kesihatan berpanjangan.

Reak Belek Gambar Suami 1 Edit Reak Belek Gambar Suami 2 Edit Reak Belek Gambar Suami 3 Edit

Sayu hati min tengok situasi macam ni. Mana yang masih ada ibu bapa depan mata tu, hargailah mereka sebaiknya.

 

Baca : [VIDEO] Sebak! Anak Sempat Bantu Berwudhuk Sebelum Ayah Dimasukkan Ke ICU & Meninggal Dunia

Foot Belek Gambar Suami

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.