Seperti tahun-tahun sebelumnya, ramai yang terpegun dengan sikap Khairul Aming yang bermurah hati dalam memberi bonus dan membawa staf-stafnya untuk berbelanja bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Tahun ini, Khairul Aming meneruskan tradisi yang sama dan ia dipaparkan menerusi satu video yang dikongsikan di X.
Artikel berkaitan: Kilang Di Kelantan, Ada Yang Ingin Tahu Kilang Khairul Aming Dapat Air Bersih Dari Mana?
Artikel berkaitan: “Fuh power!” – 80 Ribu Unit Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming Berjaya Habis Dijual Dalam Masa 3 Minit 39 Saat Sahaja
Sampul raya ‘berkepuk’, siap belanja barang dapur
Menerusi video itu, Khairul Aming berkongsi aktiviti yang dilakukannya dalam meraikan 100 staf yang bekerja di bawahnya bersempena Hari Raya Aidilfitri.
Menurutnya, dia telah menutup kedua-dua buah kilang Nyet yang diusahakan dan membawa kesemua staf untuk shopping baju raya dan beli barang dapur untuk persiapan raya bersama dengan keluaga.
Semalam kita tutup kedua-dua kilang Nyet untuk meraikan 100 orang staff. Kita bawa semua shopping baju raya, beli barang dapur untuk persiapan raya dengan family, bagi bonus duit raya dan juga buka puasa kat hotel. Lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak 😁 pic.twitter.com/vmMP5xFmGX
— Khairulaming (@khairulaming) April 2, 2024
Bahagian yang paling menarik perhatian apabila Khairul Aming dilihat memberi bonus raya kepada semua staf.
Sampul yang diberikan juga dilihat agak tebal dan ramai mula mengagak berapa agaknya nilai yang mereka dapat. Fuh berkepuk tu!
Selesai sesi tersebut, Khairul Aming dilihat membawa stafnya berbuka puasa di hotel mewah pula. Waa penuh makanan satu meja!
Video tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mana rata-rata bercita-cita untuk bekerja dengan influencer itu di masa hadapan.
Best oo dapat bonus raya, baju raya pun boss beli siap dengan barang dapur!
Sumber: X