Pengalaman tinggal di sebuah negara yang begitu asing dengan agama yang dianutinya membuatkan wanita bernama Rahmah diduga dengan pelbagai kritikan dan cemuhan. Dilahirkan dalam sebuah keluarga Muslim di daerah Qinghai, China, Rahmah seringkali dipulaukan kerana dia memakai hijab.
“Saya tetap akan memakai hijab dan yakin dengan agama yang saya anuti sekarang.”
Rahmah yang membawa erti anugerah atau nama sebenarnya Ye Qingfang mengakui yang dia mula mendalami agama Islam dan budayanya semasa menuntut di kolej.
Pada ketika itulah dia memutuskan untuk memakai hijab.
“Pada mulanya, mereka tidak memahami saya. Mereka memaksa saya untuk pergi menjalani kaunseling psikologi. Mereka juga bertanya, adakah saya telah dimanipulasi oleh mana-mana kumpulan jahat ataupun mempunyai apa-apa hubungan dengan mereka?”
Menurutnya juga dalam klip video terbitan BBC News, Rahmah sempat mengajar Bahasa Cina di bandar kelahirannya, Qinghai. Namun pekerjaan itu tidak bertahan lama setelah pihak sekolah tidak mahu seorang guru yang berhijab kerana dibimbangi ia akan membawa pengaruh buruk kepada pelajar. Kesiannya!
“Identiti saya sebagai seorang Muslim membuatkan saya unik dan berbeza di China. Ramai orang salah faham dan menyimpan prasangka terhadap saya oleh kerana saya berhijab.”
Namun semuanya berubah setelah Rahmah berpindah ke Beijing pada tahun 2012. Dia seterusnya membuka sebuah studio yang design hijab dan pakaian wanita Muslim.
“Saya mahu menjadi wajah wanita berhijab di China yang mewakili wanita-wanita Muslim.”
Pesannya, seorang wanita Muslim haruslah mempunyai keyakinan yang tinggi dalam memakai hijab di mana-mana mereka berada dan sentiasa kekal tenang serta bergaya di tempat kerja.
Girls, jangan mudah patah semangat dalam berhijab! Jadikan Rahmah sebagai inspirasi, okey?
Tonton video di bawah: