Dalam tempoh beberapa hari ni, pandangan dunia telah beralih kepada Rusia dan Ukraine. Ini berlaku selepas Rusia mengerahkan tenteranya untuk menyerang negara jirannya, Ukraine.
Memandang serius konflik antara dua negara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg semalam, telah memaklumkan pakatan itu akan mengerahkan pasukan tindak balas pantasnya buat kali pertama bagi memperkukuhkan sistem pertahanan Ukraine dalam menghadapi pencerobohan dari tentera Rusia.
Memetik laporan Berita Harian, pergerakan Kremlin ke Kyiv, Ukraine dengan matlamat untuk menukar kerajaan Ukraine telah memberikan signal dalam mengancam keselamatan Eropah. Langkah terbaharu NATO itu bertujuan untuk memperkukuh pertahannya selepas negara anggotanya, Amerika Syarikat, menyegerakan pergerakan beribu-ribu tentera ketika Kremlin bergerak ke Ukraine.
NATO mempunyai lebih 100 jet yang bersiap sedia, beroperasi di lebih 30 lokasi berbeza dan lebih 120 kapal dari utara ke Mediterranean.”
Menurut Stoltenberg lagi, NATO mempunyai tentera yang terdiri daripada 40,000 kakitangan termasuk kontijen seramai 8,000 anggota yang terdiri daripada tentera laut, udara dan operasi khas yang boleh dikerahkan dalam masa beberapa hari.
Walau bagaimanapun, beliau tidak memperincikan ke mana pasukan tindak balas itu akan dihantar, dan ianya terpulang kepada arahan komander tentera tertinggi NATO.
Baca: “Perang dunia ke-3 bukan bahan jenaka” – Penduduk Ukraine Kongsi Detik Cemas Negara Diserang Russia