in

Perang Dengan Burung & 4 Jenayah Pelik Yang Pernah Berlaku

Collage 46

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jenayah boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dan selalunya memang kita tak boleh nak jangka. Tapi, selain jenayah-jenayah biasa yang kita dengar, ada juga jenayah yang pelik-pelik pernah berlaku tau.

Dari manusia berperang dengan burung sehingga kemalangan yang tak dijangka, jenayah-jenayah yang pernah berlaku ni kalau korang baca macam cerita dongeng pun ada. Nak tahu apa jenayah pelik yang pernah berlaku? Jom baca artikel dekat bawah ni.


1. Perang emu besar-besaran 

0Jntks3Ytbpyjnm C

“Perang emu besar-besaran” yang berlaku di Australia pada tahun 1932 merupakan pertempuran sangat luar biasa dan boleh dikatakan lucu yang pernah direkodkan. Selepas Perang Dunia I, ramai tentera Australia telah diberikan tanah pertanian di bahagian barat negara.

Namun begitu, usaha mereka untuk membuat pertanian telah terganggu bila sebanyak 20,000 burung emu berhijrah ke kawasan tersebut dan memakan tanaman serta memusnahkan tanah.

Kerana mahu melindungi sumber mata pencarian mereka, petani-petani ini telah meminta bantuan kerajaan untuk menghantar tentera bersenjata mesingan untuk menghapuskan burung-burung ini.

Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, keadaan telah menjadi kacau bilau selepas dengan kuasa tembakan yang dorang ada, burung-burung emu ni sukar untuk dibunuh kerana mereka sangat pantas, sukar untuk diduga dan boleh menahan tembakan tanpa jatuh ke tanah.

Selepas beberapa minggu bertempur tanpa apa-apa kesan, operasi perang ini telah dibatalkan. Ini bermakna burung-burung ini telah muncul sebagai pemenang dan ia juga telah menjadi satu catatan pelik dalam sejarah ketenteraan. Perang ini juga turut dikaitkan sebagai contoh di mana alam semulajadi boleh mengatasi teknologi.

2. Rompakan Sindrom Stockholm

Stockholm Syndrome Gettyimages 540246206 Feature

Rompakan Norrmalmstorg pada tahun 1973 di Stockholm, Sweden, bukan sahaja dikenali kerana keadaannya yang pelik tetapi juga kerana melahirkan fenomena psikologi yang dikenali sebagai “Sindrom Stockholm.”

Pada 23 Ogos 1973, dengan bersenjatakan mesingan, Jan-Erik Olsson telah masuk ke sebuah bank di Stockholm dan menahan lima pekerja bank sebagai tebusan. Olsson menuntut supaya rakannya, Clark Olofsson yang merupakan seorang penjenayah yang telah dipenjarakan untuk dibebaskan. Olofsson kemudiannya telah dibawa ke bank oleh pihak polis untuk membuat rundingan.

Tapi apa yang pelik dengan jenayah ini adalah, orang tebusan mula bersimpati dengan penculik mereka. Sepanjang enam hari ditahan, mereka telah menjalin satu ikatan pelik di mana orang tebusan mula mempertahankan penculik mereka semasa proses perundingan dan enggan memberi keterangan terhadap penculik di mahkamah.

Salah seorang orang tebusan, Kristin Enmark mengatakan yang dia rasa lebih selamat bersama dengan penculik berbanding polis.

Kes ini telah mengelirukan pakar psikologi sehingga wujudnya istilah “Sindrom Stockholm” yang menggambarkan situasi di mana mangsa mempunyai perasaan positif kepada pelaku.

Artikel berkaitan: Stockholm Syndrome: 5 Mangsa Yang ‘Jatuh Cinta’ Dengan Penculik Sendiri

3. Rompakan besar sirap maple Kanada

Pada tahun 2012, sekumpulan pencuri di Quebec, Kanada, melaksanakan salah satu rompakan paling luar biasa dan menguntungkan dalam sejarah iaitu rompakan sirap maple. Sepanjang beberapa bulan, kumpulan penjenayah ini berjaya mencuri kira-kira 3,000 tan sirap dari sebuah gudang milik Federation of Quebec Maple Syrup Producers iaitu sebuah organisasi yang mengawal sebahagian besar bekalan sirap maple dunia.

Kalau korang nak tahu, sirap yang dicuri mereka bernilai kira-kira $18 juta ini telah digantikan dengan air, dan tong-tong tersebut dikembalikan ke gudang, menyebabkan jenayah ini tidak disedari untuk satu waktu yang lama. Apabila rompakan ini diketahui, satu siasatan besar yang melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan undang-undang telah dilaksanakan.

Rompakan berani dan luar biasa ini telah menarik perhatian seluruh dunia dan sekaligus menunjukkan nilai sebenar “sirap emas” Kanada ini. Walaupun beberapa orang telah ditangkap dan dihukum, rompakan ini kekal menjadi salah satu jenayah yang dianggap pelik dan unik.

4. Banjir bir terbesar di London

Main Qimg 764588E570753324818E1B122289B0Be Lq

Pada 17 Oktober 1814, salah satu kemalangan industri paling aneh dalam sejarah pernah berlaku di kawasan St. Giles di London, di Kilang Bir Meux and Company. Satu tong bir besar yang mengandungi lebih daripada 1.4 juta liter bir tiba-tiba pecah, menyebabkan tong-tong lain turut pecah ekoran kesan domino. Disebabkan ini, satu aliran deras bir telah membanjiri jalan-jalan dan turut meruntuhkan bangunan dan memerangkap penduduk.

Banjir bir ini malangnya telah mengorbankan lapan nyawa, ada yang lemas, manakala yang lain dihancurkan oleh runtuhan bangunan. Insiden ini menyebabkan kekacauan besar, dengan beberapa orang dilaporkan cuba mengumpul bir tersebut menggunakan periuk dan kuali. Walaupun kedengaran agak kelakar, banjir bir besar ini adalah satu bencana yang membawa maut.

Selepas kejadian ini, perubahan dalam peraturan keselamatan untuk kilang bir dan operasi industri telah dilaksanakan. Hari ini, peristiwa ini dikenang sebagai salah satu kemalangan paling luar biasa dan tragis dalam sejarah London.

5. Kecurian Mona Lisa

D0D988Ea Fba2 439A B5Dd 7A5B62E9158D Ml6.Jpg

Salah satu kecurian paling berani dalam sejarah telah berlaku pada tahun 1911 apabila lukisan terkenal Leonardo da Vinci, Mona Lisa telah dicuri dari Louvre, Paris. Pencuri, Vincenzo Peruggia, mencuri lukisan ini kerana dia percaya bahawa lukisan tersebut sepatutnya dikembalikan ke Itali.

Peruggia telah masuk ke dalam Louvre dengan mudah ketika tempat itu sedang beroperasi dan bersembunyi di dalam almari semalaman. Pada keesokan harinya, dia telah mengambil lukisan ini dari dinding dan sembunyikannya di bawah kot dan keluar dari muzium tanpa disedari.

Kecurian yang berlaku ini hanya disedari selepas beberapa jam dan sekaligus mengejutkan orang ramai di seluruh dunia.

Lokasi lukisan ini tak diketahu selama dua tahun sehingga menyebabkan sensasi global yang meningkatkan lagi populariti lukisan tersebut. Namun, Peruggia akhirnya ditangkap selepas dia cuba untuk menjual lukisan tersebut kepada seorang peniaga seni di Florence.

Ketika ditahan, Peruggia memberitahu bahawa dia mencuri lukisan tersebut kerana semangat patriotisme dan percaya bahawa lukisan tersebut adalah milik Itali.

Pun begitu, Peruggia telah menerima hukuman yang ringan atas kesalahannya itu dan Mona Lisa telah dikembalikan ke Louvre di mana ia kekal menjadi salah satu karya seni yang paling banyak dikunjungi di dunia.

Alamak macam-macam eh?

Sumber: Morning Carpool

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.