in

Penyu Gergasi ‘Terdampar’ Di Pantai Tanjung Pelindung Jadi Tumpuan Pengunjung

F1 Mural Penyu Gergasi Terdampar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai antara kita sememangnya memilih kawasan pantai untuk berkelah dan berehat sambil melihat keindahan alam dan ditemani oleh deruan ombak dan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa untuk menghilangkan stres kan.

Namun, pantai Tanjung Pelindung di Kuantan, Pahang ini pula telah berjaya menarik semula kehadiran ramai pengunjung selepas seekor penyu gergasi ‘terdampar’ di tepi pantai tersebut.


Penyu gergasi yang dimaksudkan itu bukanlah penyu sebenar yang datang menetas telur namun ia merupakan mural penyu yang dihasilkan oleh empat orang pelukis mural Project ZeroSix.

1 19

Empat orang pelukis mural itu ialah Mohammad Amir Farouk, Kamal Idris, Azri Azahar dan Muhd Ikmal Manan dan keempat-empat mereka telah menghasilkan karya tersebut pada bongkah batu sepanjang 20 meter dan tingginya pula sekitar 10 meter.

Artikel Berkaitan: 5 Pulau Tersembunyi Yang Cantik & ‘Underrated’ Di Malaysia Yang Korang Mungkin Tak Tahu Wujud!

Artikel Berkaitan: “Saya ingin tahu sebabnya” – Pelukis Rusia Sedih Lukisan Mural Di KL Dipadam

Karya mural itu juga dihasilkan menggunakan gabungan warna asli batuan dan cat agar nampak semula jadi dan real, seperti penyu gergasi sebenar.

Difahamkan, mural penyu gergasi itu juga berjaya disiapkan dalam masa lima hari sahaja dan mereka juga mendapat sokongan dan bantuan daripada pihak Tourism Pahang.

Kos penghasilan mural penyu gergasi itu juga memakan jumlah sebanyak RM30,000.

Mural penyu gergasi yang nampak seakan terdampar di tepi pantai itu ternyata telah berjaya menarik bukan sahaja ramai pengunjung tempatan namun juga mereka yang dari negeri -negeri luar Pahang.

Memang nampak macam real kan penyu gergasi ni! 

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.