Rasanya ramai di antara kita pernah menonton filem seram Hollywood, The Conjuring yang menampilkan kisah mengenai patung Raggedy Ann iaitu Annabelle yang didakwa kononnya dihuni oleh roh jahat.
Malah ramai juga tahu patung Annabelle yang menjadi inspirasi cerita tersebut benar-benar wujud dan ia disimpan di Muzium Okultisme milik Ed dan Lorraine Warren.
Namun hari ini, tular kembali mengenai patung berhantu Annabelle apabila seorang penyiasat paranormal terkenal, Dan Rivera, 54, dilaporkan meninggal dunia ketika melakukan siri jelajah ‘Devils on the Run’ yang menampilkan patung itu di Gettysburg, Pennsylvania.
Menurut Entertainment Weekly, Rivera yang juga penyiasat kanan bagi Persatuan Penyiasat Psikik New England (NESPR), dikatakan meninggal dunia secara tiba-tiba dan punca kematiannya juga masih belum didedahkan.
Beliau dikatakan berada di sebuah hotel di Gettysburg apabila sepasukan anggota kecemasan datang dan memberikan bantuan CPR. Walau bagaimanapun, Rivera disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Dalam satu kenyataan di Instagram, penyiasat kanan NESPR, Chris Gilloren berkata,
Dengan rasa berat hati, saya, Tony dan Wade menyampaikan berita kematian secara tiba-tiba rakan rapat kami, Dan Rivera. Kami sangat terkesan dengan pemergiaan ini dan masih terkejut dengan apa yang terjadi,” tulisnya.
View this post on Instagram
Artikel berkaitan: Patung Mirip Annabelle Ditemui Terbiar Dalam Bekas Kaca Di Hutan Cetus Misteri
Artikel berkaitan: Ada Hantu! Wanita Buat Kejutan ‘Ubah’ Anak Jadi Annabelle di Teluk Cempedak
Memetik laporan Hindustan Times, kematian Rivera menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mempersoal mengapa masih ada orang yang mahu ‘mendekatkan’ diri mereka dengan patung berhantu itu.
Saya tak faham kenapa masih ada orang yang ‘bermain’ dengan Annabelle.”
“Saya beli tiket untuk slot Ahad lepas dan saya tak pergi sebab anak perempuan saya rasa tidak sedap hati.”
“Simpan anak patung itu di tempat berkunci. Korang tak sepatutnya bermain dengan Annabelle,”tulis netizen.
Korang rasa kematian dia ada kaitan dengan Annabelle ke? Apa-apapun bagi kita yang beragama Islam, hidup dan ajal ini semua dah ditentukan Tuhan. Mungkin ia hanya kebetulan saja perkara ini berlaku.
Sumber: Entertainment Weekly, Hindustan Times