in

Penyelia Lelaki Ditahan Lepas Kantoi Intai Lelaki Lain Dalam Tandas

Ft Pemyelia Lelaki Ditahan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang penyelia lelaki telah ditahan dan direman kerana disyaki mengintai lelaki lain dalam sebuah tandas di kompleks membeli-belah yang terletak di Taman Flora Utama, Batu Pahat, Johor semalam.

Perintah reman terhadap suspek yang berusia 31 tahun itu mula berkuat kuasa pada hari ini, perintah tersebut dikeluarkan oleh Majistret Nurasidah A Rahaman bagi membolehkan kes ini disiasat mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan.


Artikel berkaitan: Netizen Anggap Kenyataan Jung Woo Sung Tak Pernah Mencintai Moon Ga Bi Keterlaluan

Artikel berkaitan: “Tajam memerhati” – Lelaki Tak Dikenali Bersembunyi Dalam Semak Samun, Intai Wanita Jemur Kain

Intai lelaki lain dalam tandas mall

Menurut laporan, kejadian itu berlaku semasa mangsa lelaki yang berusia 32 tahun menggunakan tandas awam di kompleks beli belah terbabit sekitar jam 5.15 petang.

Ketika berada dalam tandas, mangsa menyedari seorang lelaki berada dalam tandas bersebelahan sedang merakamnya dari atas.

Screenshot 2026 03 12 145328

Tanpa membuang masa, mangsa terus keluar dari tandas itu lalu mengejarnya sebelum suspek berjaya ditangkap. Mangsa kemudiannya meminta bantuan pengawal keselamatan untuk menghubungi polis bagi tindakan lanjut.

Screenshot 2026 03 12 145347

Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk ditahan setelah polis rekod keterangannya.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.