in

Penyelam TLDM Meninggal Dunia Ketika Operasi Menyelamat, Isteri Minta Jangan Buat Spekulasi

Syaz Ft 2024 08 29T140159.171

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kita digemparkan dengan berita seorang anggota penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disahkan meninggal dunia ketika melaksanakan operasi salvaj untuk menyelamatkan bangkai Kapal Diraja (KD) Pendekar yang karam di perairan Tanjung Penyusop, Kota Tinggi, Johor.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi DSP Mohd Syamsuri Mohamad mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut, pun begitu tiada butiran lanjut diberikan.


Hm310Tldm 1724903671

Dalam pada itu, orang ramai diharap agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden kematian Allahyarham Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San Hermansa itu.

Menurut laporan Harian Metro, isteri Allahyarham menerusi hantaran di Facebook menggunakan nama akaun ‘Hanaa Ariana’ berkata, ini kerana kejadian itu masih dalam siasatan pihak berwajib.

“Saya sebagai isteri arwah, meminta jangan ada pihak yang membuat sebarang andaian terhadap insiden yang berlaku kepada arwah suami saya.

Justeru, insiden ini juga masih dalam siasatan, biarlah hanya pihak atasan dan juga kru yang bertugas pada masa itu yang mengetahui punca insiden dan sebagainya,” katanya.

TLDM memaklumkan jenazah Allahyarham Arman San yang berkhidmat sebagai Penyelam Ranjau pasukan itu dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA), berada di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk proses bedah siasat dan akan dibawa ke Lahad Datu, Sabah untuk pengebumian.

Sumber: Harian Metro, Astro AWANI

 

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.