in

Penyanyi Wanita Thailand Meninggal Dunia Lepas Jalani 3 Kali Sesi Urutan Leher

penyanyi thai meninggal lepas urut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jangan main-main bab urut badan terutama urutan di leher ya… 

Seorang penyanyi wanita di Thailand dilaporkan meninggal dunia selepas menerima rawatan urut di sebuah kedai urut dekat wilayah Udon Thani pada Ahad lalu.


Menurut Sinar Harian, penyanyi berkenaan, Chayada Prao-hom dari Guitar Record dilaporkan meninggal dunia lepas jalani sesi urutan ketiga melibatkan urutan di leher.

Kematian mangsa dipercayai berpunca akibat jangkitan darah dan pembengkakan otak pada kira-kira jam 6 pagi di unit rawatan rapi (ICU) di hospital Udon Thani.

Menurut teman lelakinya, Chayada mengadu sakit belakang selepas melakukan persembahan pada 5 Oktober lalu.

GeUYUEBbYAAev 6

Artikel berkaitan: Penyanyi Rap Wanita Dakwa Dirakam ‘Senyap-senyap’ Di Pusat Urut, Pegawai PBT Bagi Alasan SOP

Artikel berkaitan: Tukang Urut Wanita Dipenjara Sebab Tinggalkan Anak Umur 1 & 6 Tahun Sendirian Di Rumah

Lelaki itu kemudian membawa teman wanitanya ke kedai urut Thai di Udon Thani.

Selepas menerima urutan dia mengadu pula rasa kebas pada separuh badan dan lengan kirinya tidak boleh digerakkan,” kata lelaki itu kepada wartawan.

Chayada menerusi hantaran di Facebook berkata, tangannya bengkak dan lebam selepas menerima rawatan urut pada sesi ketiga.

Susulan kejadian berkenaan, teman lelaki Chayada bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap kedai urut tersebut tetapi mengakui tak pasti sama ada mempunyai bukti yang cukup untuk berbuat sedemikian.

pexels ian panelo 3230236

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Sokongan Perkhidmatan Kesihatan (HSS) Arkom Praditsuwan berkata, pegawai jabatan akan menyemak sama ada pusat urut tersebut adalah berlesen atau tidak untuk menyediakan perkhidmatan berkenaan.

“Apa yang perlu kita teliti ialah sama ada perkhidmatan urutan yang mereka berikan (kepada Chayada) adalah amalan yang betul dan sejajar dengan standard untuk urutan tradisional Thailand,” katanya.

Takziah buat keluarga mangsa. 

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Pexel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.