in

Penyanyi Wanita Popular Kelantan Ditahan Berkaitan Kes Dadah Di Sungai Golok

Penyanyi Wanita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang penyanyi wanita popular di negeri Kelantan dilaporkan antara enam rakyat Malaysia yang ditahan di Sungai Golok, Thailand pada Jumaat semalam.

Memetik laporan Berita Harian, keenam-enam rakyat Malaysia itu ditahan oleh pihak berkuasa Thailand berkaitan dengan dadah ketika mereka berada di sebuah bilik hotel di Sungai Golok.


Difahamkan, 6,000 biji pil kuda turut dirampas ketika mereka ditahan di hotel tersebut.

11
Gambar hiasan

Artikel Berkaitan: “Setiap hari saya menangis…” – Dibawa Lari Ke Thailand, Ejen Kosmetik Cerita Pengalaman Diculik

Artikel Berkaitan: Isu Lesen Digital, Polis Thailand Beri Penjelasan Dalam Loghat Kelantan

Menurut sumber, mereka telah ke negara itu sempena cuti perayaan Deepavali untuk berhibur.

Difahamkan juga, ada antara mereka yang masuk ke negara Thailand secara sah menerusi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang namun dua daripada mereka pula masuk ke Thailand menerusi pengkalan haram.

10
Gambar hiasan

Kesemua mereka difahamkan ditahan selepas baru selesai berhibur di sebuah pusat hiburan di kawasan itu.

Sumber: Berita Harian, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.