in

Penyanyi Kena Tangkap Khalwat Dengan Suami Orang, JAIS Sahkan Bukan Nadeera

syaz ft 2025 02 13T102101.989

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di media sosial sejak semalam apabila seorang penyanyi wanita dikhabarkan ditangkap khalwat dengan seorang lelaki berstatus suami orang.

Difahamkan, artis wanita berkenaan merupakan bekas peserta program realiti nyanyian, ramai yang membuat spekulasi artis yang dimaksudkan ialah Nadeera Zaini yang kini sedang trending dengan lagu Bukan Lagi Kita.


Artikel berkaitan: Bapa & Anak Dihadapkan Ke Mahkamah Kerana Khalwat & Zina Bersama Pasangan Masing-masing

Artikel berkaitan: Sebat Pesalah Khalwat Di Khalayak Umum Bukan Ajaran Islam – Mufti Perlis

Pun begitu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan khabar angin tersebut, Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nur Syamira Md Suffri, berkata Nadeera bukan individu yang ditahan dalam kes khalwat itu.

“JAIS sahkan tangkapan (khalwat) berlaku semalam, namun, tidak membabitkan Nadeera seperti didakwa,” katanya.

Dalam pada itu, gosip tersebut turut ditepis pengurus Nadeera yang dikenali sebagai Acap yang dilapor mempertahankan penyanyi itu, selain menafikan Nadeera terbabit dengan aktiviti tidak bermoral.

Acap menjelaskan ketika tangkapan dibuat, Nadeera sibuk menjalani latihan menghadapi Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Ahad ini.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.