Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.
Seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan ketika menunggang di Highway Duke sehinggakan dagunya terkoyak akibat terkena benang yang melintang di tengah jalan raya.
Menurut hantaran di platform media sosial X, kejadian ini berlaku kira-kira jam 6.30 petang semalam di Lebuhraya SUKE (selepas exit Taman Kosas, Ampang) menghala ke tol Bukit Teratai.
Artikel berkaitan : Lelaki Kecewa, Mak Beli ‘Seluar Kesihatan’ Harga RM800 Guna Duit Jualan Laksa
Artikel berkaitan : Lelaki ‘Terciduk’ ‘Modify’ Motor, Reda Kena Saman & Mengaku Salah
Melihat keadaan dagu tersebut, ia membuatkan lelaki ini serik untuk melalui lebuh raya tersebut dan sanggup menggunakan jalan alternatif. Bahkan jarinya juga turut terluka kerana ingin memutuskan benang tersebut.
Hari ni, Isnin 13 Mei 2024 jam 6.30 petang.
Dagu aku terkoyak terkena benang yang melintang jalan di Lebuhraya SUKE (selepas exit Taman Kosas, Ampang) menghala ke tol Bukit Teratai. pic.twitter.com/ZNvAH1QdwV— as ?? (@MuasRosdi) May 13, 2024
utk yg bertanya, mcm mana benang tu boleh ada tengah-tengah highway, aku taktahu, tiba2 zasss kena dagu.
nasib baik aku sempat tarik benang guna jari, so jari ada terluka sikit pic.twitter.com/B2OVwRB0Vz
— as ?? (@MuasRosdi) May 14, 2024
Susulan dengan kejadian itu, ia membuatkan Ahli Dewan Undangn Negeri (ADUN) Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih mesra dengan panggilan Altimet terpanggil untuk bersuara dan mengambil tindakan.
“Saya dah info IPD Ampang Jaya. Esok pagi ada sesi town hall di IPK Selangor saya bawa isu ini,” katanya.
Kejadian ini telah mencetuskan rasa bimbang kepada orang ramai terutamanya penunggang motosikal, bahkan ada yang kongsikan pengalaman yang lebih kurang sama.
Harap pihak berkuasa dapat pantau perkara ini.
Sumber : X