in

Penuhi Impian Adik Autisme Mahu Belajar Berniaga, Kakak Buka ‘Kedai Seringgit’

Ft Adik Autisme Kedai Seringgit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah tular sebuah hantaran di Facebook mengenai seorang wanita yang berkongsi kisah ketika dia mengajar adiknya yang menghidapi autisme untuk berniaga dengan kaedah yang unik.

Pemilik akaun Humey Eraa memberitahu, dia telah memberi peluang kepada adik istimewanya itu untuk berdikari dengan membuka premis jualan makanan ringan yang diberikan nama Kedai Seringgit dan telah mula beroperasi sejak 10 Jun lalu.


354426964 6890060677688872 3096487954568048739 N

Tambah Humey atau nama sebenarnya, Saiyidatul Syahirah Jasney, idea tersebut timbul ketika melihat adik bongsunya yang obses dengan gajet semasa mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tidak mahu adiknya terus leka, Humey telah berusaha membantu dengan membuka perniagaan menjual makanan ringan, pizza burger serta aiskrim bagi mengajar adiknya itu untuk menjana pendapatan sendiri.

354047099 6890062201022053 5688098932775009638 N

“Saya buka Kedai Seringgit bagi membolehkan adik bekerja tanpa tekanan. Nama Kedai Seringgit itu diberi kerana adik autisme, cepat keliru dan mudah lupa. Jadi, saya letak nama mudah ingat bersesuaian dengan barangan jualan yang semuanya dijual pada harga RM1 sahaja,” jelasnya.

Bagi melancarkan urusan perniagaan Humey telah menyediakan rekod jualan yang mudah untuk difahami dan tidak mengelirukan dengan meminta adiknya, Saiyidah Fatimah Nabihah untuk menanda pada rekod jualan yang disediakan.

354414793 6890061501022123 4501589455239820333 N

Difahamkan Humey telah mengambil tanggungjawab menjaga adiknya itu setelah ibunya, Azizah Salleh meninggal dunia dua tahun lalu.

Bercakap tentang hantarannya di Facebook, dia tidak menyangka bahawa dia akan dapat maklum balas yang luar biasa sehingga kisah adiknya itu tular kerana hanya berkongsi di kumpulan Austisme Malaysia dan bukan akaun peribadinya.

Semoga bisnes Kedai Seringgit ni maju jaya!

Sumber : Facebook, Harian Metro

Baca : Zarina Zainuddin Sedih Ada Individu Edit Wikipedia Anak, Dituduh Tak Siuman & Psiko

New 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.