Ada betulnya bila terbaca rungutan daripada Liyana ni, ternyata sikap budi pekerti dan toleransi sesama kita masih belum diterapkan lagi dalam jiwa.
Kenapa? Sebab sikap itu boleh dikatakan hanya terhad sahaja di satu tempat, itu pun masih lagi ada yang tak ikut. Kat mana? Dalam tren je, tapi kat tempat lain..hampeh!
Ini untuk peringatan kepada diri korang bahkan admin sendiri, agar lebih peka untuk bersikap begini jika berada di tempat awam. Nak tahu kenapa? Hadam sindiran pedas ni
Geram ye bila bawak stroller nak naik lif tapi lif penuh dengan orang sihat walafiat tapi malas”
Perasan tak kalau kita jalan-jalan dekat mall masa prime time macam waktu hujung minggu atau tengah ada sale sebagainya lift akan selalu penuh.
Bukannya nak mempertikaikan hak pengguna, tapi berpada-pada lah, beri keutamaan orang yang lebih memerlukannya.
Nak sampai ke satu kawasan dengan cepat sampai bila pintu lift tu terbuka tak ambil peduli pun bila nampak orang yang bawa stroller anak tu tunggu depan pintu, ada yang terus tutup supaya cepat sampai kat satu tingkat yang nak dituju tu.
“Okay lah semua ada hak guna lift tapi guna akal dengan mata kau bila nampak orang² kat bawah tengah tunggu turn dengan sabar bagi laluan dekat mereka dan kau boleh jalan naik eskelator”
Kalau dibawa stroller tu naik escalator sampai ganggu ruang kat situ tahu pula nak complain kan Netizen pun bersetuju dengan pandangan Liyana ni. Menurut mereka, ada juga yang abaikan bila nampak orang pakai kerusi roda dan orang tua di situ.
Jangan kata stroller je, yang wheelchair pun kadang tak dapat naik ye sebab manusia cacat otak ni – Netizen
Haaa! Admin sokong apa yang sorang ni katakan, ada yang jenis nak naik angin tak tentu pasal bila nampak ada family bawa stroller masuk lift, ramai tau yang macam tu sebab admin sendiri pernah kena, Tapi masa tu admin pula rasa bersalah, bila fikir balik kenapa pula kan?
Kalau rasa menyemak naik lah escalator, cepat pun cepat. Tak gitu?
Apapun, harap ia dapat membuka mata kita untuk tingkatkan lagi keprihatinan kita jika berada di tempat awam.