Baru-baru ini, kecoh apabila seorang bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub dikatakan telah meletak jawatan selepas dipaksa oleh pihak atasan.
Pensyarah tersebut, Che Hamdan Che Mohd Razali dilaporkan telah dipaksa meletak jawatan selepas pelajar jurusan Sains Politik membuat lawatan ke ibu pejabat parti politik Democratic Action Party (DAP) di Pudu, Kuala Lumpur.
Menurut laporan, pensyarah tersebut dipaksa berbuat demikian pada 28 Disember tahun lalu, meskipun lawatan tersebut tidak melanggar undang-undang dan dibuat atas dasar proses pempelajaran.
Untuk rekod, Che Hamdan Che Mohd Razali baru sahaja dilantik sebagai Penolong Rektor UiTM Raub, sekali gus menimbulkan persoalan orang ramai mengapa beliau meletak jawatan sejurus sahaja selepas 6 bulan dilantik.
https://www.facebook.com/Perpustakaan-Tun-Abdul-Razak-Kampus-Raub-492939604111757/photos/4123201744418840
Wakil pelajar yang menyertai lawatan ke ibu pejabat parti pembangkang DAP menganggap isu ini adalah tidak wajar kerana lawatan ini merupakan sebahagian daripada silibus subjek PAD 270.
Lawatan sambil belajar itu dilakukan pada 2 Disember 2019 dan disertai oleh 41 orang pelajar. Tambah wakil pelajar tersebut, mereka ada berjumpa dengan YB Lim Kit Siang namun beliau hanya menceritakan tentang sejarah DAP dan tidak lebih daripada itu.
Pelajar itu juga menegaskan bahawa mereka mempunyai hak dan kebebasan untuk belajar tentang parti politik di Malaysia dan tidak dikaitkan dengan ideologi yang dibawa.
Apa komen anda tentang isu ini?
Sumber: MalaysiaKini
BACA: Kecoh Pensyarah UiTM Dengkil Kongk*k Student?