vivo Malaysia baru-baru ini telah mengadakan pelbagai promosi dan aktiviti sempena dengan meraikan First Sale vivo X70 series yang telah diadakan bermula dari 2 Oktober sehingga 10 Oktober 2021. Difahamkan, antara promosi yang telah diadakan termasuklah pemberian e-baucer eksklusif, giveaway di cawangan vivo Concept Stores dan perkhidmatan prority delivery untuk semua pembelian vivo X70 series di e-store vivo.
Pada 2 Oktober, vivo telah mengadakan acara First Sale vivo X70 series di kedai konsep vivo dan difahamkan, penjualan model berkenaan telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan iaitu melebihi 50% penjualan pertama model sebelum ini iaitu X60.
Antara ciri dan fungsi yang menarik minat ramai pada X70 ini termasuklah:
- vivo ZEISS Imaging system
- ZEISS T* Coating
- Ultra-Sensing Gimbal Camera
- Real-Time Extreme Night Vision
- Extended RAM 2.0
E-baucer dan Hadiah Giveaway
Sempena sambutan First Sale ini nanti, vivo Malaysia turut menjalinkan kerjasama dengan beberapa jenama lain seperti Chek Hup, Instea, Inswah, Khind dan macam-macam lagi untuk mengadakan pemberian e-baucer dan giveaway dari 2 Oktober sehingga 10 Oktober 2021 dengan syarat-syarat tertentu.
Senarai promosi yang diadakan termasuk :
- E-baucer bernilai RM100 yang boleh digunakan di vivo Malaysia E-store
- Gunakan kod promo “VIVO5” apabila membuat pembelian di Vanilla Crepe bagi mendapatkan e-baucer RM5
- Dapatkan e-baucer bernilai RM30 dengan menggunakan kod promo “KHINDVIVORM30” untuk sebarang pembelian dari KHIND
- Diskaun 10% untuk minuman di Instea
- Diskaun potongan 10% untuk kesemua perkhidmatan melalui Inswash
- Produk kopi percuma daripada Chek Hup
- Baucer sehingga RM20 pembelian di Urban Republic
Layari e-store rasmi vivo Malaysia untuk menebus baucer-baucer menarik seperti diatas.
Penjualan pertama vivo X70 series akan berlangsung dari 2 Oktober hingga 10 Oktober di kesemua cawangan vivo concept storem, pengedar sah, dan melalui e-store vivo di Lazada dan Shopee.
Difahamkan, terdapat juga versi X70 Pro yang turut boleh didapati di e-store vivo Malaysia, Shopee dan Lazada.