Selain kedai bundle, pasar karat atau flea market juga menjadi port terbaik untuk kita cari barangan yang rare dengan harga yang murah. Kalau pandai selam, memang boleh jumpa brand yang berjenama jugak tau.
Namun, lelaki ini pula seakan dihantui selepas membeli sebuah lukisan dua anak patung di pasar karat, lapor Oddity Central. Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Dan Smith (bukan nama sebenar) itu dikatakan telah membeli lukisan comel itu walaupun jurujualnya telah memberi amaran.
Dan Smith sememangnya gemar membeli koleksi aneh dan dia telah membayar $50 (RM208) untuk lukisan terbabit. Namun, kehidupannya berubah dan dia mula tak boleh tidur selepas kehadiran lukisan berkenaan di rumahnya.
Selain itu, hamster peliharaannya juga mati walaupun ia tak pernah sakit sebelum ini malah dia turut menjumpai serangan serangga di rumahnya.
Dan mendakwa semua itu berpunca daripada lukisan 2 anak patung itu dan kini, dia mahu melelong semula objek berkenaan di eBay supaya hidupnya tidak lagi diganggu.
Walaupun penjual lukisan itu macam ada bagi hint tentang karya itu, namun dia hanya menganggap wanita itu seorang yang pelik dan tidak mengendahkannya.
Lelaki itu juga ada mengatakan dia tidak mahu membakar lukisan itu kerana takut perkara yang lebih buruk akan berlaku dan ia akan dijual dengan harga yang sama ketika dia membelinya.
Tapi, kalau dia dah bagitahu yang lukisan tu berbahaya dan seram, agak-agak ada ke orang nak beli semula karya ni?
Sumber: Oddity Central
Baca: Selebriti Terkenal Indonesia ‘Bela’ Anak Patung Macam Anak Sendiri, Siap Buka Akaun IG