Mungkin salah satu sebab ramai orang zaman sekarang tidak mempunyai simpanan yang banyak kerana terlalu mengikut kehendak dan gaya hidup yang melebihi kemampuan. Malah, sesetengah orang juga memilih untuk nampak mewah walaupun komitmen makin bertambah.
Nak beli Iphone 15 Pro Max tapi…
Seorang pengguna Facebook, Betterman Chan berkongsi kisah dirinya berbalas mesej dengan seorang individu yang mahu membeli telefon pintar terkini di kedainya. Dia turut meletakkan dua tangkap layar mesej di platform WhatsApp.
Dalam perbualan tersebut, individu itu bertanya mengenai bagaimana ansuran bulanan yang ditawarkan oleh kedai tersebut kerana dia mahu membeli telefon pintar model terkini iPhone 15 Pro Max.
Artikel berkaitan: Kibar Bendera Putih, Lelaki Tak Sangka Warganet Sanggup Bayar Sewa Rumah & Ansuran Kereta Tertunggak
Artikel berkaitan: Lelaki Bengang Pesanan iPhone 15 Dari Kedai Rasmi Apple Dicuri, Ganti Dengan Peranti Android
Namun, penjual itu bertanya dahulu berapakah gaji individu berkenaan kerana ia termasuk dalam prosedur untuk membuat ansuran. Kata individu itu, gajinya adalah RM2,000.
Chan terus menerangkan ansuran yang ada di kedai itu hanya boleh dimohon oleh mereka yang tiada slip gaji selain memberitahu mereka pernah ditipu oleh pembeli telefon sebelum ini yang tidak membuat bayaran penuh selepas 6 bulan.
Ansuran kedai kamu biasa untuk yang tak ada slip gaji. Kami pernah kena scam, bayar 6 bulan lepas itu hilangkan diri.
Dia turut menawarkan kepada individu itu sama ada mahu membuat pinjaman ansuran melalui AEON credit ataupun JCL tetapi perlu melampirkan slip gaji.
Minta ansuran 5 tahun
Pun begitu, individu itu meminta mahu membuat ansuran telefon pintar yang dia mahukan dengan bayaran pinjaman selama 5 tahun. Permintaan individu itu telah membuatkan Chan kerana tidak pernah ada lagi ansuran dalam tempoh yang terlalu lama.
Siapa installment company nak layan, budak ni nak beli 15 Pro Max ansuran 5 tahun.
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen turut mempersoalkan permintaan individu itu kerana dianggap tidak logik untuk bergaji RM2,000 namun mahu membeli telefon pintar iPhone 15 Pro Max walaupun secara ansuran.
Selain itu, netizen juga menyuruh individu itu supaya ‘ukur baju di badan sendiri’ dan berbelanja mengikut kemampuan.
Lama tu 5 tahun…
Sumber: Facebook