in

“Penjara maksimum 10 tahun” – Hukuman Berat Sebar Berita Palsu, YouTuber Boleh Dikenakan Tindakan

ammar nazhan cerita palsu dikenakan hukuman berat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun pempengaruh yang juga YouTuber, Ammar Nazhan menafikan bahawa kejadian kehilangan salah seorang rakan mereka di sebuah hutan di Bandung hanyalah dibuat-buat, namun Polis Indonesia menyatakan ia adalah cerita palsu.

Menerusi media Indonesia, pihak polis telah mengesahkan bahawa kejadian tersebut hanyalah cerita palsu yang direka semata-mata untuk menarik perhatian dan meningkatkan jumlah tontonan serta pengikut di media sosial.


Artikel berkaitan: “Fikirlah sebelum nak pertahankan juga” – Caprice Beri Pesanan Pada Ammar Nazhan, Lepas ‘Kantoi’ Isu Insiden Palsu

Artikel berkaitan: “Jaga sensitiviti” – Ammar Nazhan Pertahan Kejadian Influencer Bukan Dibuat-buat!

ohmedia fcd45814 9db6 4150 9bb3 6ae4a37c9621

Boleh dikenakan penjara 10 tahun

Polis juga memaklumkan tindakan kumpulan itu tidak wajar kerana undang-undang Indonesia mengenakan hukuman tegas terhadap penyebar berita palsu.

Apatah lagi, kandungan yang dihasilkan kumpulan itu juga tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa meskipun sudah diberi kelulusan oleh pengurus wilayah setempat.

Mengikut Undang-Undang Nombor 11 Tahun 2008 berkenaan Informasi dan Transaksi Elektronik (Pasal 14), mereka yang didapati bersalah menyiar dan menyebarkan berita palsu boleh dikenakan penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum sebanyak RM271,000.

Difahamkan, kumpulan itu telah meminta maaf kepada polis dan membuat kenyataan bertulis serta video pengakuan bahawa perkara tersebut tidak akan diulangi.

Bagaimanapun, insiden ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang kecewa dengan tindakan mereka menggunakan cerita palsu semata-mata untuk meraih populariti dan berharap tindakan tegas dikenakan oleh pihak berkuasa sebagai pengajaran.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.