Umumnya. laman dark web adalah satu platform untuk orang melakukan kegiatan jenayah dan sebelum ini ramai juga yang kurang pasti kesahihan dalam kandungan tersebut samada betul-betul atau rekaan semata-mata.
Tapi ia memberikan petunjuk kepada kita lepas seorang bapa yang jenis ‘haruan makan anak ini’ disabitkan kesalahan merogol anak perempuannya yang baru berusia 1 tahun.
Muat naik dalam Dark Web
Tak cukup dengan melakukan perbuatan terkutuk tu, James Lockhart, 31 yang tinggal di Florida ini siap merakam dan muat naik kedalam laman dark web.
Menurut Mirror Online, terdapat 4 video yang dimuat naik melalui dua akaun dengan nama samaran ‘Strangewood’ dan ‘Hardwood’.
Tambah sumber lagi, syarikat agen sekuriti terpaksa menjukkan footage sadis itu kepada ibu untuk mengenal pasti identiti mangsa.
Ibunya mengesahkan itu adalah anaknya apabila melihat lokasi perbuatan terkutuk itu adalah tempat yang dia kenal.
Kegiatan bapa pedolifia ini terbongkar apabila pihak penyiasat membuat serbuan di rumahnya. Mahkamah mendapati dia melakukan perbuatan kejam itu pada pada March 2016 hingga Februari 2018.
Anak bukanlah satu-satunya mangsa
Lebih teruk lagi, anak dia bukanlah satu-satunya mangsa, ada juga budak 1 tahun lain yang jadi mangsa kezalimannya.
Dalam satu peranti yang dirampas, pihak penyiasat mendapati ada 43 video dan 4,000 gambar ‘keganasan’ terjadap kanak-kanak.
Ketua Hakim Daerah, Amerika Syarikat Steven D. Merryday minggu lepas telah menjatuhkan hukuman 70 tahun penjara kepada Lockhart atas kegiatan jenayah ini.
Memandangkan berita tentang ‘haruan makan anak’ ni viral di luar negara. Ramai yang marah dan mahukan bapa tak berhati perut ni diseksa dengan lebih teruk lagi.
Penjara 70 tahun tak cukup! – Netizen
Baca : Remaja Buta Mengandung ‘Dikerjakan’ Bapa Lepas Ibu Meninggal Akibat Sakit Kanser