in

Penjaja Belon Kini Dirawat Di Hospital, Dikatakan Mungkin Alami Kecederaan Tulang

penjaja belon Jalan TAR

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh di media sosial apabila tular sebuah video yang memaparkan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bergelut dengan seorang penjaja belon yang berniaga tanpa lesen di kawasan beli belah popular Kuala Lumpur iaitu di Jalan TAR.

Difahamkan, sebelum kejadian pergelutan itu, penjaja-penjaja lain yang turut berniaga tanpa lesen pula telah memberikan kerjasama kepada penguat kuasa DBKL yang menegur mereka dengan beredar dan meninggalkan lokasi tersebut.


13 2

Menurut penjelasan dari pihak DBKL, penjaja belon tersebut telah bertindak agresif setelah ditegur buat kali ketiga oleh pihak DBKL kerana berniaga di situ tanpa lesen.

Terkini, Buletin TV3 melaporkan bahawa penjaja belon yang bergelut dengan penguat kuasa DBKL telah dirawat di hospital dan berkemungkinan ada tulang yang patah.

17 1

Artikel Berkaitan: Tiada Lesen, Penjual Belon Bergelut Dengan Penguat Kuasa DBKL Di Jalan TAR

Artikel berkaitan: Kebersihan Diabaikan, DBKL Banteras Penjaja Air Balang Tanpa Lesan Sekitar Jalan Raja, Kuala Lumpur

Ibu kepada penjaja belon tersebut mengatakan X-ray telah dibuat ke atas anaknya itu dan doktor yang merawatnya mengatakan nampak seperti ada tulang yang patah.

Menurut wanita itu lagi, anaknya itu bergantung kepada hasil pendapatan dari jualan belon untuk membayar kos perubatan kerana ‘Abang Belon’ sememangnya menghidap angin pasang.

Difahamkan juga, ‘Abang Belon’ dijadualkan menjalani pembedahan untuk penyakitnya itu pada bulan hadapan.

Menurut Mahmud Jumaat iaitu seorang peguam menerusi perkongsian Facebook, pengamal undang-undang ini berpendapat bahawa penguat kuasa DBKL selaku penjawat awam perlu bertindak mengikut SOP.

15 2

Menurut laporan Astro AWANI pula, penguat kuasa DBKL yang terlibat dalam insiden tersebut juga telah membuat laporan polis.

Prosedur operasi standard (SOP) dalam tindakan penguatkuasaan akan diteliti semula oleh pihak DBKL dan akan ditambahbaik sekiranya perlu.

Dalam masa yang sama, pihak DBKL juga menegaskan bahawa penguatkuasaan terhadap peniaga dan penjaja tanpa lesen dilakukan tanpa mengira latar belakang kaum.

Sumber: Buletin TV3 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.